KAJIAN ANALISIS WACANA


ANALISIS UNSUR TAUTAN PERULANGAN DALAM LAGU JAMAL ABDILLAH


1.0 PENGENALAN


Perkataan ‘wacana’ adalah berasal daripada kosa kata Jawa, iaitu ‘Wocono’. ‘Wocono’ ini pula berasal daripada ‘woco’ yang bermaksud baca. Menurut Idris Aman  (2010) istilah ‘wacana’ ialah padanan istilah  discourse bagi bahasa Inggeris, discours dalam bahasa Perancis, al-makalah bagi bahasa Arab atau tamhwa dalam bahasa Korea.
Menurut Asmah Haji Omar dalam Mohd Rashid Md Idris et.al (2014) pula menggambarkan wacana adalah sebagai unit bahasa yang melebihi batas ayat. Oleh itu, wacana boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian bab, buku, siri, dan sebagainya.  Wacana juga memperlihatkan kesatuan dan hubungan antara butir-butir fikiran dan perkembangan akaliah yang ada di dalamnya. Menurut beliau juga, wacana merupakan satu unit tatabahasa yang melepasi batas ayat. Hal ini bermakna, wacana adalah satu unit bahasa atau tatabahasa yang saling bertautan dan terletak pada kedudukan yang paling tinggi berbanding semua unit tatabahasa yang lain seperti sintaksis, morfologi, semantik, fonetik dan fonologi.
Manakala, menurut Harimurti Kridalaksana dalam Tatabahasa Wacana (2012) pula mendefinisikan wacana sebagai satuan bahasa terlengkap dalam hierarki gramatikal yang tertinggi dan terbesar. Ia direalisasikan dalam bentuk karangan yang utuh seperti novel, buku, siri kalimat, paragraf dan kata yang lengkap. Harimurti juga telah menggambarkan wacana sebagai kesatuan bahasa yang dapat membentuk karangan yang mengandungi idea atau pemikiran penutur atau penulis.
        Sanat Md Nasir (1986) pula menyatakan bahawa wacana merujuk kepada teks, iaitu unit bahasa yang melebihi unit teks. Manakala, menurut Raminah Haji Sabran dalam Tatabahasa Wacana (2012) pula menyatakan bahawa wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat dan ia boleh terdiri daripada ayat, ceraian, bab, buku, cerita, dialog, siri buku dan sebagainya. Di dalamnya diperlihatkan hubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan.
        Kesimpulannya, wacana ialah unit bahasa yang melebihi had ayat yang terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian, bab, buku, cerita, dialog, siri buku dan sebagainya yang menunjukkan hubungan-hubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan. Oleh itu, wacana ialah satu unit bahasa yang mempunyai kesatuan fikiran yang utuh dan melebihi batasan ayat.


1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN

Kajian ini dilakukan bertujuan untuk memperlihatkan aspek tautan perulangan dalam lagu-lagu yang dinyanyikan oleh Jamal Abdillah. Penyanyi Jamal Abdillah dipilih sebagai kajian adalah kerana beliau merupakan penyanyi Malaysia  dan menggunakan bahasa Melayu dalam nyanyiannya. Beliau juga merupakan penyanyi yang membawa genre pop yang terkenal di Malaysia. Selain itu, beliau juga telah mendapat gelaran “Raja Pop Malaysia”. Dalam kajian ini kami memilih lagu-lagu yang popular yang telah didendangkan oleh beliau iaitu sekitar tahun 1980- an sehingga 2000. Lagu-lagu yang dipilih untuk kajian ini adalah bertemakan cinta kepada tuhan dan kekasih.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2015) mendefinisikan lagu ialah gubahan muzik yang biasanya dengan seni kata dan nyanyian. Sebagai contohnya sebuah lagu yang dinyanyikan oleh seorang penyanyi terkenal yang diminati ramai dan diperdengarkan kepada masyarakat. Lagu juga merupakan salah satu media yang boleh dimanfaatkan dalam kegiatan pembelajaran bahasa di Malaysia iaitu sebagai objek kajian gaya bahasa, analisis wacana dan sebagainya.



1.2 DEFINISI TAUTAN

Tautan dikenali dengan konsep kohesi yang dikaitkan dengan keserasian hubungan antara satu unsur linguistik dengan unsur linguistik yang lain dalam sesebuah wacana untuk menghasilkan sebuah wacana yang mantap. Keserasian ini selalunya dikaitkan dengan  kesinambungan kata, frasa, dan idea. Tautan amat penting kerana tautan ini mewujudkan kesinambungan antara teks dengan bahagian yang lain sehingga terbentuk satu kesatuan.
Menurut Idris Aman (2010) tautan atau pautan merujuk aspek formal bahasa dalam wacana atau teks, ia juga dikatakan tentang organisasi sintaksis wacana atau teks, iaitu wadah ayat-ayat digembleng secara sepadu dan berkaitan dengan memanfaatkan alat-alat kebahasaan untuk menghasilkan wacana dalam bentuk tulisan atau tuturan. Manakala, menurut Tarigan (1993), kohesi merupakan wadah kalimat yang tersusun secara padu dan padat untuk menghasilkan tuturan. Pemahaman dan penguasaan kohesi mengacu pada hubungan bentuk. Ini bermaksud, unsur-unsur antara kalimat yang digunakan untuk menyusun suatu wacana memiliki keterkaitan dan hubungan yang utuh dan padu. Tautan berperanan dalam memperlihatkan kesinambungan antara sebahagian teks yang lain dan sehingga membentuk kesatuan sesebuah teks atau wacana yang utuh.
Menurut Wohl (1978) pula menyatakan tautan ialah sebagai suatu pengaturan secara rapi tentang kenyataan dan gagasan, fakta, dan  idea untuk menjadi satu untaian yang logik sehingga makna yang dibawanya mudah difahami. Menurut Sanat Md. Nasir (2002) tautan bermaksud hubungan antara sesuatu unit teks yang lain melalui hubungan tautan. Hubungan bentuk linguistik ini boleh berlaku secara hubungan semantik. Unit Teks bermaksud unit yang secara tulisannya sebagai satu ayat yang awal dan akhirnya ditandai dengan titik atau awal dan yang akhirnya dengan huruf besar. Oleh yang demikian, kesan-kesan tautan dapat diperihalkan melalui bentuk-bentuk  linguistik  pada ayat  tertentu. Sanat Md Nasir dalam model tautan pindaan telah membahagikan kepada tiga jenis utama iaitu tautan perulangan, tautan kolokasi dan tautan penghubung ayat.
Oleh itu, kajian ini akan memfokuskan kepada aspek tautan perulangan yang terbahagi kepada tujuh jenis tautan iaitu perulangan rujukan, penggantian, elipsis, leksikel, parafrasa, paralelisme, dan perulangan struktur dan makna sama.



1.3 OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dilakukan bagi mencapai objektif berikut:


 I. Mengenal pasti fungsi tautan perulangan  dalam lagu Jamal Abdillah
II.Menganalisis unsur tautan perulangan yang terdapat dalam lagu-lagu Jamal Abdillah.


1.4 PERSOALAN KAJIAN

Kajian ini dilakukan bagi menjawab persoalan berikut:


I. Apakah tautan perulangan yang digunakan oleh penulis lirik lagu-lagu Jamal Abdillah.
II. Sejauh manakah kekerapan unsur perulangan yang digunakan dalam lagu-lagu Jamal Abdillah?


1.5 BATASAN KAJIAN

Kajian ini di bataskan kepada:
I.  Analisis ini dilakukan terhadap 6 buah lagu yang dinyanyikan oleh Jamal Abdillah.
II. Kajian ini hanya dilihat kepada aspek tautan pengulangan yang terdapat dalam lagu-lagu Jamal Abdillah.


1.6 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini penting bagi mengetahui apakah tautan perulangan yang terdapat dalam lagu-lagu yang dinyanyikan oleh Jamal Abdillah.


1.7 METODOLOGI KAJIAN


I. Kaedah  ke perpustakaan
Kaedah ke perpustakaan merupakan satu kajian yang digunakan untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci tentang tajuk yang dikaji. Kajian ini dilakukan dengan membuat rujukan terhadap buku-buku yang berkaitan.

II. Kaedah rujukan internet
Kaedah ini digunakan bagi mendapat maklumat tentang lagu-lagu yang dinyanyikan berserta lirik dan muzik lagu tersebut.




2.0 DAPATAN KAJIAN
Berdasarkan analisis yang telah dilakukan, didapati runtutan pengulangan yang terdapat dalam lagu-lagu Jamal Abdillah ialah runtutan pengulangan rujukan, penggantian, elipsis, leksikel, parafrasa, paralelisme, dan pengulangan struktur dan makna sama.


2.1 ANALISIS KUALITATIF

2.1.1 Tautan perulangan rujukan
Tautan perulangan rujukan digunakan untuk merujuk atau menggantikan sesuatu  kata atau frasa dalam ayat sebelumnya, atau dalam ayat yang sama. Tautan perulangan rujukan ini boleh dipecahkan lagi kepada tiga jenis tautan kecil, iaitu rujukan peribadi atau ganti nama diri seperti nya, mereka, beliau dan ia, rujukan tunjuk seperti itu, ini, tersebut dan demikian dan rujukan bandingan seperti lain, seperti, sebagaimana dan sebanyak. Tujuan perulangan rujukan ini digunakan adalah untuk ‘mengikat’ unsur rujukan tersebut dengan kata atau frasa sebelumnya. Oleh itu, dengan adanya rujukan tersebut, maka ayat-ayat yang terhasil dalam satu baris akan saling bertaut antara satu sama lain. Contohnya:
        A.9 Dan ternyatalah cintaku yang Satu
        A.12 Setelah ku sedari cintamu yang abadi
Perkataan ku dalam A.9 dan A.12 menunjukkan unsur perulangan rujukan dan mempunyai hubungan semantik. Hal ini dapat dilihat melalui perulangan ku yang merujuk kepada kata ganti nama diri.
       
2.1.2 Tautan perulangan penggantian.
Tautan perulangan penggantian adalah perulangan yang bercirikan tatabahasa berbanding dengan tautan perulangan rujukan. Unsur yang menggantikan dalam tautan penggantian mengekalkan golongan tatabahasa yang digantikan. Unsur yang menggantikan itu mempunyai makna yang sama.  Perulangan dalam konteks penggantian ini ialah perulangan makna. Tautan perulangan penggantian ini boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu penggantian namaan, karyaan dan penggantian klausaan. Contohnya:
A.6 Sengketa dan cemburu hati
A.7 Mengapakah harus begini
Tautan perulangan penggantian dapat dilihat dalam contoh ayat di atas. Perkataan begini dalam A.7 merujuk kepada maksud sengketa dan cemburu hati dalam ayat A. 6. Penggantian perkataan begini merupakan tautan perulangan penggantian.

2.1.3 Tautan perulangan elipsis
Tautan perulangan elipsis ialah unsur yang digugurkan dalam ayat dapat di interprestasikan berdasarkan unsur yang mendahuluinya. Selain itu, tautan perulangan elipsis juga dinamakan sebagai penggantian kosong yang menggunakan simbol θ. Contohnya:
        A.17 Derita hatiku ini
        A.18 Sampai bilakah kan berakhir
                 (sampai bilakah derita akan berakhir)
A.18 merupakan ayat yang mengandungi konsep tautan dari segi perulangan elipsis iaitu berlaku pengguguran kata derita pada A.18.

2.1.4 Tautan perulangan leksikal
Tautan ini dibezakan dengan yang lain dari segi kriteria bentuk leksikal dan makna. Bentuk yang diulang itu mungkin sama atau mempunyai akar kata yang sama, yang bersinonim atau kata umum. Perulangan leksikal ini boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu mempunyai betuk akar yang sama, bersinonim dan kata umum. Contohnya:
        A.13 Tak berdaya kulawan
        A.14 Tak kuasa kutentang
Berdasarkan ayat A.13 dan A.14 mempunyai tautan perulangan leksikal yang bersinonim iaitu lawan dan tentang.

2.1.5 Tautan perulangan parafrasa
Tautan perulangan parafrasa merujuk kepada perulangan makna yang sama dan bukan bertaraf leksikal tetapi daripada unsur yang bersifat frasa sehinggalah ayat. Ia dibezakan dari segi bentuk susunan unsur yang bertaut itu. Contohnya:
        A.13 Tak ku hairan tak ku peduli
Tautan perulangan parafrasa dapat dilihat dalam contoh ayat di atas. Berdasarkan ayat di atas didapati terdapat perulangan makna yang sama iaitu tak ku hairan dan tak ku peduli.

2.1.6 Tautan perulangan paralelisme
Tautan perulangan paralelisme merupakan pertentangan kepada parafrasa. Tautan ini merujuk kepada bentuk susunan yang sama antara unsur yang bertaut, tetapi mempunyai makna yang berlainan. Unsur yang bertaut ini adalah bukan yang bersifat leksikel, tetapi sekadar antara ayat atau unit teks yang pendek atau subjek dan predikat sesuatu ayat sehingga terasa hubungan sesuatu yang bermakna. Contohnya:
                A.1 Telah lama aku derita
                A.2 Telah lama aku kecewa
Berdasarkan ayat A.1 dan A.2 adalah didapati mempunyai tautan perulangan paralelisme apabila makna ayat dalam lirik lagu ini diulang dalam tetapi menggunakan struktur unsur linguistik yang sama tetapi membawa maksud yang berbeza dalam setiap ayat.

2.1.7 Tautan perulangan struktur dan makna sama
Tautan perulangan ini merujuk kepada unsur yang bertaut bukan bertaraf leksikal tetapi yang bertaraf frasa sehinggalah ayat yang sama dari segi aspek tertentu paralelisme dan parafrasa. Tautan jenis ini juga menunjukkan persamaan dari segi bentuk susunan dan makna. Contohnya:
        A.8   Kaulah sinar hidupku
A.12 Kaulah sinar hidupku
Perulangan ayat dalam lirik lagu di atas menunjukkan penulis lirik lagu ini menggunakan konsep tautan perulangan struktur dan makna yang sama


2.2 ANALISIS KUANTITATIF
Analisis kuantitatif ini dihasilkan berdasarkan bilangan ayat dalam lirik lagu Jamal Abdillah yang mengandungi unsur tautan perulangan mengikut kategori masing-masing iaitu tautan perulangan rujukan, penggantian, elipsis, leksikel, parafrasa, paralelisme dan perulangan struktur dan makna yang sama.


JENIS TAUTAN PERULANGAN
TAJUK LAGU

JUMLAH AYAT
‘’HASRAT CINTA’’
‘’KEKASIH AWAL DAN AKHIR’’


Tautan Perulangan Rujukan (TPR)


A11, A12

A9, A12, A15


5

Tautan Perulangan Penggantian (TPP)





A5, A6,



2

Tautan Perulangan Elipsis (TPE)













Tautan Perulangan Leksikal (TPL)



A1


1

Tautan Perulangan Parafrasa (TPPF)

A13




Tautan Perulangan Paralelisme (TPPL)




Tautan Perulangan  Struktur dan Makna sama (TPS)

A13, A15, A17, A18,

A4, A5, A8, A10,A11,A13, A16, A17


12












JENIS TAUTAN PERULANGAN
TAJUK LAGU

JUMLAH AYAT
‘’AZURA’’
‘’DI MANA KEMESRAAN’’

Tautan Perulangan Rujukan (TPR)

A1, A2, A4, A5, A7, A8, A11, A12



8


Tautan Perulangan Penggantian (TPP)



A6, A7

2

Tautan Perulangan Elipsis (TPE)







Tautan Perulangan Leksikal (TPL)








Tautan Perulangan Parafrasa (TPPF)




Tautan Perulangan Paralelisme (TPPL)


A3, A4, A5, A7, A9, A11, A13, A15

8

Tautan Perulangan  Struktur dan Makna sama (TPS)

A1, A4, A7, A8, A11, A12, A15



7




JENIS TAUTAN PERULANGAN
TAJUK LAGU

JUMLAH AYAT

‘’MASA LIMA’’
‘’TAK DIMENGERTIKAN’’

‘’SURATAN  NASIB’’


Tautan Perulangan Rujukan (TPR)


A5,A6,A20,
A21


A21, A22
6



Tautan Perulangan Penggantian (TPP)

A1, A2, A4, A5,
A34, A35, A37,
A38, A40, A41






10

Tautan Perulangan Elipsis (TPE)



A17, A18

2



Tautan Perulangan Leksikal (TPL)


A13, A14






2



Tautan Perulangan Parafrasa (TPPF)

A7,A8,A14,
A16,A41,A42





A13,A14

10

Tautan Perulangan Paralelisme (TPPL)










A1,A2,A15,A16,
A20,A21






6




Tautan Perulangan  Struktur dan Makna sama (TPS)       


A1, A2, A3, A4
A5, A6, A7, A8,
A9,A10,A11,A12,
A13,A14,A15,
A16,A17,A20,
A23,A24,A26,A27,
A28,A29,A30,
A32,A33,A35,
A36,A37,A38,A39,
A40,A41,A42,
A43,A44,
A45,A46



A10,A11


A1,A2,A5,
A15,A16,
A20,A21,
A23,A24


50

















JENIS TAUTAN

JUMLAH

Tautan Perulangan Rujukan (TPR)


19

Tautan Perulangan Penggantian (TPP)


14

Tautan Perulangan Elipsis (TPE)


2

Tautan Perulangan Leksikal (TPL)


3

Tautan Perulangan Parafrasa (TPPF)


10

Tautan Perulangan Paralelisme (TPPL)


14

Tautan Perulangan  Struktur dan Makna sama (TPS)       


69
                                                   JUMLAH KESELURUHAN :                      131






Carta pai yang menunjukkan peratusan ayat mengikut kategori tautan perulangan.





Rajah 1 :  Menunjukkan Peratusan Bilangan Ayat bagi Jenis Tautan
Berdasarkan jadual dan carta pai di atas, didapati bahawa tautan perulangan struktur dan makna sama mempunyai jumlah yang tertinggi iaitu sebanyak 69 ayat atau 53%  digunakan dalam menghasilkan lirik lagu yang dinyanyikan oleh Jamal Abdillah. Selain itu, tautan perulangan rujukan juga menunjukkan peratusan yang kedua tertinggi dengan jumlah ayat sebanyak 19 ayat dengan peratusannya sebanyak 14%. Hal ini dapat dilihat  apabila  penulis lirik lagu ini banyak  menggunakan perulangan  rujukan yang  menunjukkan kepada perulangan rujukan keperibadian. Contohnya penggunaan –nya dan –ku yang merujuk kepada perulangan kata ganti diri. Seterusnya,  tautan perulangan penggantian dan perulangan paralelisme yang digunakan dalam lirik lagu Jamal Abdillah adalah sebanyak 14 ayat atau 11%. Selain itu, penggunaan tautan perulangan parafrasa pula dalam lirik lagu yang dikaji ialah sebanyak 10 ayat atau 8%. Manakala, tautan perulangan elipsis pula mempunyai jumlah ayat  yang paling sedikit iaitu sebanyak 2 ayat dengan peratusan  sebanyak 1% dan  diikuti dengan tautan perulangan leksikal turut mencatatkan jumlah  ayat yang  rendah  iaitu sebanyak 2% dengan jumlah ayat sebanyak 3 ayat.
Penggunaan tautan perulangan dalam lirik lagu Jamal Abdillah ini banyak menggunakan tautan perulangan struktur dan makna yang sama. Hal ini demikian kerana, tautan ini dapat berfungsi untuk mengindahkan bunyi lagu yang dinyanyikan dengan memberikan perulangan perkataan yang sama dalam setiap rangkap dan baris lagu. Selain itu, tautan ini memudahkan pendengar memahami setiap bait ayat yang diungkapkan atau dinyanyikan. 
Selain itu, tautan perulangan rujukan yang digunakan dalam lagu nyanyian Jamal Abdillah adalah banyak menggunakan kata ganti nama untuk merujuk kepada seseorang atau Tuhan yang diungkapkan dalam lagunya. Penggunaan tautan ini adalah berfungsi untuk mengelakkan kebosanan pendengar mendengar pengulangan nama yang sama dalam setiap ungkapan. Contohnya, dalam lagu Azura. Dalam lagu ini, penulis lirik menggantikan nama Azura kepada kata ganti nama diri –nya. Seterusnya, tautan  perulangan  rujukan  ini  berfungsi  sebagai  pengikat  kepada  unsur  rujukan  yang  dinyatakan  sebelumnya  dengan  kata  atau  frasa . Oleh itu, tautan ini memudahkan  lagi  setiap  baris  lirik  lagu  dirujuk  dan  bertaut  antara  satu  sama  lain.



3.0 KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, kajian ini telah membincangkan secara jelas tentang tautan perulangan yang digunakan dalam lirik lagu Jamal Abdillah. Sebelum kajian ini membincangkan lebih lanjut, terlebih dahulu kajian ini membincangkan pengenalan wacana. Berdasarkan kajian, wacana ialah satu unit bahasa yang mempunyai kesatuan fikiran yang utuh dan melebihi batasan ayat. Setelah itu, kajian ini membincangkan tentang latar belakang kajian iaitu membincangkan secara ringkas bahan yang dikaji iaitu lirik lagu Jamal Abdillah. Seterusnya, kajian ini membincangkan tentang definisi tautan. Dalam definisi tautan ini, pengkaji dapat mengetahui pembahagian subjenis tautan perulangan dalam wacana.
Berdasarkan analisis yang telah dilakukan terhadap tujuh buah lagu nyanyian Jamal Abdillah ini didapati tautan perulangan yang digunakan meliputi tautan perulangan rujukan, penggantian, elipsis, leksikel, parafrasa, paralelisme dan struktur dan makna yang sama. Dari analisis yang dilakukan, didapati bahawa lirik lagu yang nyanyikan oleh Jamal Abdillah ini banyak menggunakan tautan perulangan struktur dan makna sama iaitu sebanyak 69 ayat atau 53%. Hal ini demikian kerana, tautan ini dapat berfungsi untuk mengindahkan irama lagu yang dinyanyikan dengan memberikan perulangan perkataan yang sama dalam setiap rangkap dan baris lagu. Selain itu, tautan yang digunakan ini berfungsi untuk memudahkan pendengar memahami setiap bait ayat yang diungkapkan atau dinyanyikan. 




BIBLIOGRAFI
Henry Tarigan. (1993). Pengajaran wacanaBandung: Angkasa Bandung.
Idris Aman. (2010). Analisis Wacana. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2015). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Rashid Md Idris, Norliza Jamaluddin, Abu Hassan Abdul & Adenan Ayob. (2012). Tatabahasa wacana.  Tanjong Malim Perak: Ameritius Publications.
Mohd Rashid Md Idris, Norliza Jamaluddin, Abu Hassan Abdul & Adenan Ayob. (2012). Analisis Wacana.  Tanjong Malim Perak: Ameritius Publications.
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2015). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sanat Md. Nasir. (2002). Tautan dalam wacana bahasa Melayu akhbar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.






LAMPIRAN

LAGU ‘’HASRAT CINTA’’
A1.Wajah ayu rambutnya hitam
A2.Berkebaya biru menawan
A3.Mata bundar tajam memandang
A4.Laki-laki memang sudah tertawan
A5.Wajah ayu bergaya manja
A6.Laku budinya sederhana
A7.Bibir merah mekar delima
A8.Hasrat hati ingin ku menyuntingnya
A9.Dari renungan tanpa bicara
A10.Gelora mengulit rasa
A11.Jauh di hati ini berkata
A12.Ku senang dengan caranya
A13.Sejak itu ku dambakan
A14.Cinta seorang wanita
A15.Sejak itu ku perlukan pengertiannya
A16.Hasrat cinta bergelora ada di mana saja
A17.Hayat cinta mengembara tiada batasnya
A18.Akan ku abadikan
A19.Hasrat dan perasaan yang terpendam








LAGU ‘’KEKASIH AWAL DAN AKHIR’’
A1.Malam menanti siang , Siang menanti malam
A2.Bagai berkurun lamanya masa memisahkan kita
A3.Hingga terlupa pada paras lupa
A4.Malam mencari mimpi siang mencari erti
A5.Tersingkap seribu makna terucap seribu kata
A6.Terlepaslah... rahsia
A7.Sekian lama terpisah akhirnya bertemu
A8.Mengenang dosa mengenang rindu
A9.Dan ternyatalah cinta ku yang satu...
A10.Kau kekasih awal dan akhir
A11.Kau kekasih zahir dan batin
A12.Setelah ku sedari cinta mu yang abadi
A13.Tak ku harap tak ku peduli
A14.Walau bulan jatuh ke bumi
A15.Dan hadir bidadari tak ku mimpikan lagi
A16.Kerana kau lebih mengerti
A17.Kerana kau lebih mengerti










Azura
A.1   Azura...
A.2   Ada sinar di matamu
A.3   Lembut hatimu mesranya... sayang
A.4   Azura...
A.5   Senyummu ku terbayang
A.6   Tanpa mu ku sepi... rindu
A.7   Azura...
A.8   Kaulah sinar hidupku
A.9   Yang mengalirkan cinta
A.10 Di dalam jiwaku
A.11  Azura...
A.13 Kaulah sinar hidupku
A.14 Moga takdir menyatukan
A.15 Cinta kau dan aku
A.16 Azura...







Di Mana Kemesraan
A.1   Ku mencari sinar kasih
A.2   Ku merindu kemesraan
A.3   Di manakah cinta yang suci
A.4   Di manakah kasih sayang...
A.5   Mengapakah harus terjadi
A.6   Sengketa dan cemburu hati
A.7   Mengapakah harus begini
A.8   Selamanya...
A.9   Mengapa kau masih menyepi
A.10 Terhadap impian yang murni
A.11  Mengapa kita berjauhan
A.12 Oh... sedihnya...
A.13 Ku mendoakan terjalinlah
A.14 Kemesraan oh...
A.15 Ku mendoakan terciptalah
A.16 Kedamaian






Lagu “Masa Lima
A.1   Istana mana
A.2   Seri mana tiangnya tiada
A.3   (he ya alah he ya)
A.4   Teratak mana
A.5   Anjung mana tiangnya tiada
A.6   (he ya alah he ya)
A.7   Tiada umpama baru lama
A.8   Madah pun tiada satu dua
A.9   Lupa jangan dek lupa
A.10 Lima masa... masa lima...
A.11  (sebelumlah lima)
A.12 Masa masa muda... belum tua
A.13 Masa masa kaya... tidak lara
A.14 Masa merana biar masa bergembira lawa
A.15 (he ya alah he ya)
A.16 Tiada masa biar masa punya luang lewa
A.17 (he ya alah he ya)
A.18 Berjalan berdiri lari lari
A.19 Berlenggok berlenggang
A.20 (kanan alah kiri)
A.21 Bermadah berlagu hari hari
A.22 Berentak berayun
A.23 (kanan alah kiri)
A.24 Masa belum masa tiada seri
A.25 Toleh tak menoleh
A.26 (kanan alah kiri)
A.27 Himpun mari himpun tiang seri
A.28 Geleng mari geleng
A.29 (kanan alah kiri)
A.30 Istana bermadah pergi pergi
A.31 Teratak berlagu
A.32 (mari alah mari)
A.33 Duyun mari duyun pergi pergi
A.34 Bila berkumandang
A.35 (mari alah mari)
A.36 Istana mana
A.37 Seri mana tiangnya tiada
A.38 (he ya alah he ya)
A.39 Teratak mana
A.40 Anjung mana tiangnya tiada
A.41 (he ya alah he ya)
A.42 Tiada umpama baru lama
A.43 Madah pun tiada satu dua
A.44 Lupa jangan dek lupa
A.45 Lima masa... masa lima...
A.46 (sebelumlah lima)













Lagu “Tak Dimengertikan
A.1   Sedetik kurenung
A.2   Sejenak termenung
A.3   Tak kusangkal
A.4   Mesti kuakur
A.5   Anggun terunggul
A.6   Ada padamu
A.7   Pesona kata
A.8   Bicara kasih
A.9   Bagai bisa
A.10 Sampai ke mata
A.11  Sampai ke hati
A.12 Ku kau dera
A.13 Tak berdaya kulawan
A.14 Tak kuasa kutentang
A.15 Bara asmara mendayu
A.16 Api cinta menderu
A.17 Namun ku tak beralih
A.18 Dari pendirianku
A.19 Walau tinggal kau satu
A.20 Tiada lain pengganti
A.21 Tak rela menerimamu
A.22 Biar nanti hidupku
A.23 Hanya berteman sunyi
A.24 Biarlah terdampar
A.25 Melara sepanjang hayat







Lagu “Suratan Nasib
A.1   Telah lama aku derita
A.2   Telah lama aku kecewa
A.3   Bagai malam tanpa siang
A.4   Ku kegelapan bersendirian
A.5   Tiada berteman
A.6   Mengapakah jadi begini
A.7   Bagai laut tidak bertepi
A.8   Ingin aku merasakan
A.9   Secebis kasih
A.10 Biarpun seketika
A.11  Umpama musafir di jalanan
A.12 Mencari haluan
A.13 Terhenti di persimpangan
A.14 Tak tahu ke mana tujuan
A.15 Tiada siapa mengerti
A.16 Tiada siapa peduli
A.17 Derita hatiku ini
A.18 Sampai bilakah kan berakhir
A.19 Ke mana harus kubawa diri ini
A.20 Puas sudah aku mencuba
A.21 Puas sudah aku terima
A.22 Mungkin suratan nasibku
A.23 Sudah begitu
A.24 Tiada kukesalkan




No comments:

Post a Comment