TATABAHASA WACANA






                                                                      PENGENALAN
                    
                           Secara umumnya, hieraki tatabahasa bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada enam hieraki. Unit bahasa yang menduduki kedudukan yang terendah ialah morfem dan diikuti dengan kata,frasa,klausa, ayat, dan wacana. Wacana merupakan unit bahasa yang menduduki hieraki tertinggi dalam hieraki tatabahasa bahasa Melayu. Wacana dianalisis oleh para pengkaji bahasa kerana penggunaan wacana itu sendiri sangat penting dalam kehidupan manusia. Jadi, semua perkara yang dilakukan oleh manusia yang melibatkan bahasa ialah wacana. Manakala, komponen yang penting bagi wacana ialah retorik. Seterusnya, wacana sebagai bidang kajian yang mempunyai sejarah yang panjang sebelum terkenal di negara kita. Sebelum membincangkan tentang sejarah perkembangan wacana dengan lebih mendalam, kita perlu mengetahui serba sedikit definisi wacana. Wacana merupakan konsep yang meliputi semua aspek komunikasi, selain melibatkan mesej atau teks, pengucapan, penerimaan, dan situasi konteks. Wacana juga merupakan kesatuan bahasa yang lengkap dan paling tinggi dalam bentuk pertuturan dan penulisan yang memperlihatkan kesinambungan fikiran, termasuk rujukan kepada komunikasi dalam konteks. 

                                    SEJARAH PERKEMBANGAN WACANA DI BARAT

                             Bidang wacana mempunyai sumber sejarahnya yang panjang, iaitu bermula dengan tradisi peradaban Hindu lagi. Menurut tokoh bidang wacana, iaitu Samsuri mengatakan pengkajian terhadap teks Veda sejak 1200-1000 S.M. merupakan asal mula pengkajian bidang wacana dalam konsep keagamaan. Zaman Veda merupakan pencetus lahirnya linguistik di India dengan adanya keperluan untuk mengekalkan sifat keagamaan dan ritual tertentu pada teks yang diperturunkan. Malah, jika diselusuri lagi tentunya melibatkan zaman suhuf-suhuf dan risalah-risalah nabi-nabi Allah seawal Nabi Adam.

                                  Dalam tradisi Barat pula, Van Dijk mengatakan wacana mendapat sumber sejarahnya daripada retorik klasik. Robins menjelaskan bahawa ahli retorik yang terkenal di dunia Yunani, antaranya orang Gorgia dari Sicily telah lahir pada abad kelima sebelum masihi lagi. Bidang ini mendapat tumpuan dalam aliran linguistik Aristotle oleh Aristotle (384-322 M) dengan karyanya Rhetoric dan diikuti aliran Stoik oleh Zeno pada 300 sebelum Masihi. dengan menggunakan kaedah dan doktrin yang berlainan.  

Retorik klasik mula malap menurut Van Dijk, iaitu setelah munculnya linguistik sejarah dan perbandingan pada awal abad ke-19. Pada awal abad ke-20 lahir pula aliran analisis struktural terhadap bahasa dan merupakan disiplin utama dalam bidang pertuturan dan komunikasi dan stilistik. Daripada sejarah inilah membuktikan bahawa retorik masih bertahan selama hampir 2500 tahun dan menjadi asas dalam pembentukan teks rasmi dan tak rasmi. Contohnya, ucapan politik, khutbah, iklan, dan terpenting, kesusasteraan. Maka, dapat ditegaskan retorik sebagai satu sains wacana. Menurut Hatch telah membahagikan analisis retorik kepada dua, iaitu analisis genre retorik dan analisis teori struktur retorik.
                           
                                      Seterusnya, retorik klasik telah mengalami perkembangan kepada pelbagai disiplin yang tersendiri, iaitu stilistik, teori komunikasi, semiotik, dan lain-lain. Disiplin yang tersendiri menyebabkan retorik mengalami pembaharuan, terutama sumbangan daripada Perelman dan Olbrechts_Tyteca, The New Rhetoric (1969). Aliran struktural yang mempengaruhi formalis Rusia dan strukturalis aliran Praha seperti pada Morphology of the Folktale oleh Propp (1929) dan tentang perspektif ayat tugasan oleh Matheus (1939). Daripada beliau timbul konsep struktur maklumat dan struktur tema yang menjadi asas sistem struktural runtutan teks. Pada 1935 aliran Firth telah mula berkembang di Great Britain. Aliran ini menghubungkan bahasa dengan persekitaran melalui konsep keperihalan keadaan Malinowski. Walaupun Firth hanya memberi tumpuan pada bidang fonologi namun beliau tetap mengesa ahli bahasa mengkaji proses lisan dengan mengaitkan keperihalan keadaannya.

                                    Di Amerika Syarikat pula terdapat tulisan yang menggunakan ungkapan analisis wacana oleh Harris pada tahun 1952. Beliau menggunakan prosedur formal, iaitu aliran struktural. Harris menyatakan keperihalan keadaan penting kerana dua sebab. Sebab yang pertama adalah menunjukkan analisis formal yang menggunakan asas keserupaan bukan sahaja digunakan dalam fonologi dan morfologi bahkan dilaksanakan pada urutan ayat dalam sesebuah teks. Sebab yang kedua adalah boleh memberi sumbangan kepada kajian wacana dari sudut linguistik Amerika walaupun kepercayaan umum berhubung dengan linguistik hanya sebagai kajian setakat ayat.
                                        
                                       Pada akhir tahun 1950-an, kajian yang berkaitan dengan sebahagian struktural teks atau keseluruhan teks sebagai lanjutan daripada Harris menurut Gutwinski dan Gudschinsky. Dalam kajian Gudschinsky, beliau telah menggunakan teknik yang   perti Bremond, Todorov, Metz, dan Barthes. Pada tahun 1966, terbit pula “Communication 8” tentang analisis struktural naratif dengan tambahan nama seperti Greimas, Eco dan Genette. Di Amerika Syarikat terdapat aliran tagmetik yang dipelopori oleh K.L Pike. Tumpuan aliran ini tidak tertumpu pada wacana bahasa bukan Indo-Eropah seperti yang dilakukan oleh Longacre walaupun tidak dinafikan kajian tentang beberapa aspek wacana bahasa Inggeris ada dijalankan seperti William dan Kittredge. Terdapat beberapa andaian dalam aliran ini, antaranya bahawa bahasa ialah sejenis perlakuan manusia. Oleh itu, perlulah dilihat dalam konteks dan hubungan dengan perlakuan itu secara keseluruhannya.

                                     Teori bahasa haruslah bersepadu sehingga dapat mengambil kira pelbagai perlakuan bahasa dan bukan bahasa. Perlakuan manusia pula dilihat sebagai berstruktur dan bukan rawak. Perlakuan manusia menurut aliran ini juga dapat dicirikan dengan penyataan sejagat, iaitu semua perlakuan yang bertujuan, termasuk bahasa, dapat dibahagikan kepada unit. Seterusnya, unit akan hadir dalam konteks dan tersusun secara bertingkat. Jika terdapat sesuatu unit atau unsur yang boleh dilihat dari pelbagai perspektif. Unit tatabahasa aliran ini ialah tagmen.

                                         Selain aliran tagmen, di Amerika Syarikat juga terdapat kajian wacana yang berorientasikan antropologi dengan bertajuk “Etnografi Pertuturan” yang dipelopori oleh Hymes. Dalam aliran ini, pertuturan adalah salah satu unsur terpenting perlakuan tentu budaya. Pada tahun 1966, terdapat satu lagi aliran di Amerika Syarikat iaitu, tatabahasa stratifikasi yang diasaskan oleh Lamb. Pada dekad 1960-an, terdapat juga pemuka model stratifikasi dalam kajian wacana, iaitu Gleason dan pengikut beliau Taber, Gromack dan Stennes. Di Jerman pula, muncul aliran linguistik teks oleh Hartmann. Manakala di Great Britain wujud aliran tatabahasa fungsional oleh Halliday yang kemudiannya dikenali dengan linguistik sistematik. Halliday (1962) dalam artikelnya, “Descriptive Linguistics in Literary Studies”, dikatakan telah membuat penyataan awal tentang tautan yang seterusnya kepada pemahaman struktur wacana. Ruqaiya Hassan (1964) dalam tesis Ph.Dnya memperkukuh konsep tautan Halliday tersebut. Pemuka aliran stratifikasi.

                                         Gleason (1968), berpendapat dalam struktur wacana terdapat dua konstituen semologi, iaitu jalur peristiwa dan jalur peserta. Menurut beliau, tautan berada dalam jalur peserta. Dekad 1960-an ini menandakan perkembangan awal analisis wacana moden yang lebih bersifat deskriptif dan strukturalis, iaitu melibatkan bidang linguistik dengan antropologi. Seterusnya, sebahagian besarnya melibatkan genre wacana popular atau peribumi seperti cerita rakyat, mitos dan cerita lain di samping bentuk interaksi ritual. Manakala, analisis fungsional tentang ayat dan struktur wacana, malah percubaan awal ke arah linguistik teks, biasanya bergerak secara bebas dan bertentangan dengan aliran linguistik semasa, iaitu tatabahasa transformasi generatif.

                                     Pada awal dekad tahun 1970-an, analisis wacana merupakan analisis secara sistematik dalam disiplin yang sama atau antara disiplin. Perkembangan ini merupakan tentangan terhadap tatabahasa formal dan bebas konteks transformasi generatif. Penekanan terhadap kepentingan variasi bahasa dan minat pada bahasa lisan dan fungsi wacana dengan konteks sosialnya seperti yang berlaku dalam sosiolinguistik, telah menyebabkan berlakunya peningkatan tumpuan pada wacana. Penemuan usaha Austin, Grice, dan Searle tentang tindak bahasa juga sebagai bentuk tindakan sosial. Antara terbitan yang besar dalam tempoh itu ialah Halliday dan Hasan (1976). Mereka menghasilkan Cohesion in English oleh Brown dan Yule (1983: 190) dikatakan paling komprehensif dan piawai dalam bidang tautan. Malah, dalam Sanat (2002: 18) terdapat kesimpulan bahawa daripada 17 buah disertasi Ph.D di luar negara tentang tautan sehingga 1993, 15 buah daripadanya menggunakan kerangka sistematik Cohesion in English.

                                     Kemudian pada dekad 1980-an dan 1990-an menjadikan analisis wacana lebih padu dan berkembang, dan pada waktu yang sama merencam dan mengkhusus. Dalam tempoh ini, banyak tokoh wacana yang terkenal seperti Grimes (1975), Halliday dan Hasan (1976), Pike dan Pike (1977), Beugrande dan Dressler (1981), Halliday (1985), Martin (1992), dan Cook (1994). Manakala, terbitan yang besar ialah Beugrande dan Dressler (1981), Introduction to Text Linguistics, Longacre (1983), The Grammar of Discourse, Halliday (1985), An Introduction to Functional Grammar, Martin (1992), English Text: System and Structure, dan Cook (1994), Discourse.

                                      Jika dilihat perkembangan pada dekad pertengahan 90-an dan awal abad ke-21, didapati analisis wacana memasuki tahap kritis seperti dalam Fairdough (1995, 2001, dan 2003). Malah, beliau telah menghasilkan karya lebih awal daripada itu seperti “Discourse and Social Change” pada tahun 1992. Analisis wacana lebih menumpukan pada usaha membongkar kuasa yang ada dalam setiap proses bahasa kerana bahasa dilihat sebagai representasi yang memproduksi dan mereproduksi makna.Begitulah sejarah perkembangan bidang wacana di Eropah yang bermula dari zaman Veda ke zaman moden yang menganalisis wacana secara sistematik.


                                              SEJARAH PERKEMBANGAN WACANA BAHASA MELAYU

                            Perkembangan sejarah wacana bahasa Melayu agak lewat di Malaysia, iaitu sekitar 10 tahun lewat berbanding dengan di Barat. Menurut Sanat Md. Nasir (2002: 9-12), kajian wacana bahasa Melayu masih baru. Ada pendapat yang mengatakan Muhammad Yunus Maris (1996) merupakan perintis analisis wacana dalam bahasa Melayu dengan menggunakan teknik keperihalan keadaan untuk menerangkan penggunaan ganti nama.

                                        Setakat yang terkumpul, Harimurti Kridalaksana (1970: 1), menulis makalah beliau “NYA sebagai Penanda Anafora”. Pada tahun 1978, beliau telah menulis kertas kerja bertajuk “Keutuhan Wacana” dalam Konferansi Bahasa Indonesia. Kertas ini turut diterbitkan sebagai artikel dalam Jurnal Dewan Bahasa. Artikel tersebut membahaskan keutuhan wacana sebagai salah satu aspek analisis wacana. Keutuhan wacana juga merupakan aspek yang sangat penting, kerana dengan melihat unsur-unsur bahasa yang ada, ahli bahasa dapat menandai adakah yang dihadapinya itu sebuah wacana atau hanya kumpulan ayat yang tidak teratur. Penelitian beliau terpengaruh dengan aliran tagmemik dan linguistik teks. Ajamiseba (1978) dalam disertasi Ph.D beliau turut diresapi aliran tagmemik.

                                    Penyelidikan wacana bahasa Melayu berlaku kian rancak dalam tahun 1980-an, iaitu sepuluh tahun selepas wacana sebagai satu disiplin berlaku rancak di Eropah dan di Amerika Syarikat. Pemaparan penyelidikan itu berupa artikel, disertasi, dan buku. Asmah Hj Omar (1980 a dan 1980 b) telah menulis dua buah artikel dalam Jurnal Dewan Bahasa yang masing-masing bertajuk “Analisis Wacana” dan “Pengajaran Bahasa Untuk Kemahiran Berkomunikasi: Pendekatan Wacana”. Dalam artikel yang pertama, beliau telah menunjukkan tiga jenis analisis wacana, iaitu kaedah Harris, kaedah Becker, dan kaedah Sinclair dan Coulthard. Artikel lain seperti Lufti Abas (1982) dan Soenjono Dardwidjojo (1985; 1986).
                                     Selain itu, penyelidikan wacana juga telah dilakukan dengan serius di peringkat latihan ilmiah, sarjana, dan kedoktoran. Daripada bibliografi latihan ilmiah yang diusahakan oleh Ismail (1994) dari tempoh 1977 hingga 1994, didapati latihan ilmiah yang berkaitan dengan wacana hanya muncul mulai tahun 1984. Terdapat 14 buah latihan ilmiah tentang kajian wacana sejak tahun tersebut hinggalah tahun 1989.

Penghasilan di peringkat sarjana sepanjang tempoh 1980-an setakat yang terkumpul ialah Sucipto (1987) dan Wong (1988). Sucipto meneliti unsur tautan dan Wong pula melihat kesinambungan topik. Penulisan di peringkat disertasi kedoktoran pula adalah seperti Abdul Aziz Idris (1982), Azhar M. Simin (1983), dan Tallei (1988). Abdul Aziz memfokuskan pada aspek struktur tema dan sistem hubungan logikal dalam teks pendedahan bahasa Melayu dan Inggeris. Rafferty pula melihat struktur wacana bahasa Indonesia yang dituturkan oleh orang Cina di Malang, Indonesia. Azhar pula meneliti sintaksis wacana “yang” dalam bahasa Malaysia sedangkan Tallie, dengan menggunakan pendekatan analisis wacana, cuba mengkaji keterpaduan, keruntutan, dan keterbacaan wacana buku pelajaran bahasa Indonesia di peringkat sekolah dasar.
 
Penelitian wacana sepanjang tahun 1980-an dalam bentuk buku dan sebahagian daripada buku dapat dilihat seperti dalam Asmah (1987: 108-127) tentang teks saintifik, Hendry Tarigan (1987) menghasilkan buku Pengajaran Wacana dan Tata Bahasa Baku Bahasa Indonesia (1988: 334-360). Dekad awal 1990-an memperlihatkan kerancakan penelitian tentang wacana bahasa Melayu kian menyerlah. Di antara penelitinya, Sato Hirobumi (1991) telah menghasilkan tesis Ph.D dengan tajuk “Analisis Nahu Wacana Bahasa Melayu Klasik Berdasarkan Teks Hikayat Hang Tuah”. Tumpuan beliau pada hubungan antara susunan ayat yang logikal dengan susunan maklumat. Beliau turut memberi tumpuan terhadap analisis ketenunan dalam ayat yang berkaitan dengan hubungan tersebut. 
 
Sanat Md. Nasir (1996) turut merancakkan penelitian wacana dalam bentuk tesis Ph.D dengan tajuk “Tautan dalam Wacana Melayu Akhbar: Analisis Rencana Pengarang Utusan Zaman (1957-1961). Peneliti lain, Soeseno (1992) dalam syarahan perdana sempena pengukuhan beliau sebagai profesor telah memilih tajuk “Analisis Wacana dan Penerapannya”. Dalam syarahan itu, beliau secara meluas menyentuh topik-topik seperti analisis wacana sebagai cabang ilmu bahasa, perbezaan antara wacana lisan dengan tulisan, konteks situasional, prinsip interpretasi lokal dan analogi, implikatur, presuposisi, inferensi, referensi, pronominal, kohesi, koherensi, dan pengetahuan tentang dunia. Di hujung syarahan beliau itu ada dimuatkan contoh-contoh analisis wacana.

Pada dekad yang sama, peneliti-peneliti turut menghasilkan artikel atau kertas kerja, seperti Samsuri (1992), Ramlan (1992), Ebah (1992), Wong(1992), Sanat Md Nasir (1992; 1994; 1995a; dan 1995b; 1996a; dan 1996b), Dede Oetomo (1993), Ismail (1993; 1994), dan Zahrah (1995). Jika ditinjau dari segi penghasilan latihan ilmiah dalam bidang ini bagi tempoh 1990 hingga 1994 di Malaysia, terdapat 17 buah, iaitu 15 buah dari Jabatan Linguistik, Universiti Kebangsaan Malaysia, dan 2 buah dari Rancangan Bahasa Melayu, Universiti Malaya. Dua buah latihan ilmiah itu terdiri daripada Hasnah Mat Adnan (1994), “Analisis Tautan dalam Wacana Bahasa Melayu” dan Tan Wee Pheng (1994), “Tautan dalam Bahasa Melayu”. Kedua-dua latihan ilmiah tersebut menggunakan kerangka Halliday dan Ruqaiya Hasan (1976).

Bidang kajian wacana masih baru di negara kita terutamanya dalam penelitian bahasa Melayu adalah disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya, wacana sebagai satu disiplin hanya berlaku pada tahun 1970-an di Eropah dan di Amerika Syarikat. Biasanya akan memakan masa antara 5 hingga 10 tahun untuk sampai ke rantau ini. Pada waktu yang sama aliran transformasi generatif yang dipelopori Chomsky masih kuat bertapak sehingga kebanyakan ahli bahasa kita yang belajar di peringkat kedoktoran dalam tempoh itu (malah sampai ke saat ini) telah terpengaruh dengan aliran tersebut.

                                      Dalam konteks pengajian di peringkat institusi pengajian tinggi, kajian wacana sebagai mata kursus peringkat sarjana muda masih belum menyeluruh. Lufti, Sanat, dan Nuwairi (1985) telah membuat tinjauan tentang pengajaran linguistik di Malaysia dari segi konsep dan aliran, dan didapati hanya Jabatan Linguistik, Universiti Kebangsaan Malaysia yang ada menawarkan kursus tersebut. Namun kursus itu masih dianggap umum sebab sekadar menyatakan topik tentang teori sintaksis yang boleh dilihat daripada aliran lain yang bukan wacana, seperti transformasi generatif.

                                       Pada awal tahun 1990 diberitahu bahawa di IKIP Malang, Unika Atma Jaya dan Universitas Indonesia di Indonesia masih belum ada kursus seumpama itu di peringkat ijazah pertama. Demikian juga di Jabatan Pengajian Melayu, National University of Singapore. Di negara kita, Pengajian Bahasa Melayu, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia sudah menawarkan kursus “Analisis Wacana” di peringkat ijazah dasar bagi sesi 1989/90. 

                                  Rancangan Bahasa Melayu, Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya mengadakan kursus tersebut mulai sesi 1993/94 dengan tajuk “Tatabahasa Wacana Bahasa Melayu”. Manakala Jabatan Pengajian Melayu, Fakulti Bahasa Moden, Universiti Pertanian Malaysia belum lagi menawarkan kursus yang seumpama itu pada sesi 1995/96.

                                    Bagi merancakkan lagi tahap kajian wacana selain penyelidikan dan penawaran mata kursus, perlulah melihat semula penulisan tatabahasa bahasa Melayu yang ada dalam konteks wacana. Secara jelas “Tatabahasa Baku Bahasa Indonesia” telah memuatkan bab wacana dalam bukunya walaupun tidak secara keseluruhan. Pada tahun 1994, “Tatabahasa Dewan” telah dicetak buat kali kedua tetapi masih belum memasukkan aspek tatabahasa wacana.

                                    Sanat dalam kertas kerjanya yang bertajuk, “Pengupayaan Tatabahasa Wacana Bahasa Melayu Di Malaysia Dan Singapura” yang dibentangkan di Seminar Antarabangsa Linguistik dan Pembudayaan Bahasa Melayu Ke-3 2007 di UPM, Serdang pada 13-14 November 2007 menyatakan bahawa di Jabatan Bahasa Melayu, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya dimulakan mata kursus Tatabahasa Wacana Bahasa Melayu sejak sesi 1993/1994. Malah, pada sesi 2003/2004 kursus Tatabahasa Wacana Bahasa Melayu lanjutan ditawarkan di jabatan tersebut.

                                   Pada tahun 1996, Sanat Md. Nasir menghasilkan “Wacana Sulalatus Salatin Dan Imam: Dari Perspektif Tautan”, penerbitan artikel dalam Safrin, Subhilhar dan Sudirman (ed) Tradisi Dan Kemodernan, Universitas Sumatera Utara, Medan, “Kewacanaan Za’ba” dalam Wan Abdul Kadir (ed) 100 Tahun Za’ba: Pejuang Bangsa, Akademi Pengajian Melayu, Kuala Lumpur. Pada tahun 1997, Sanat Md. Nasir, “Tautan Penghubung Ayat Dalam Wacana Bahasa Melayu: Suatu Analisis Tentang Rencana Pengarang Utusan Zaman Akhir Dekad 1950-an dan 1960-an” dalam  Indirawati Zahid (ed), Monograf Jabatan Bahasa Melayu, Akademi Pengajian Melayu, Kuala Lumpur. 

                                    Pada tahun 1998, Azizah Abdul Hamid, “Analisis Penulisan Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Rendah-Satu Perspektif Wacana”, Naesah Osman, Analisis Struktur Maklumat Dan Unsur Tautan Dalam Imam, dan Siti Norngaliah Mohd. Salihin, “Keterbacaan Teks Berdasarkan Ciri-Ciri Ketekstualan”, latihan ilmiah. Pada tahun 1999, Abd. Razak Mohamad Yusof, “Analisis Unsur Tautan Dalam Skrip Drama Melayu”, Shahariman Ahmad, “Analisis Tautan Genre Cerpen Dan Rencana: Aplikasi Model Tautan Pindaan (1996)”, Shamsudin Othman, Analisis Sajak: Aplikasi Model Tautan Pindaan”, dan Siti Khainorliza Mohd. Nordin, “Tautan Penghubung Ayat: Satu Perbandingan Analisis Teks Lama Dan Teks Baru”, latihan ilmiah.

                                         Pada tahun 2000, Mohd. Rashid Md. Idris, “Analisis Wacana Cerpen 1950-an Dari Perspektif Struktur Maklumat Dan Struktur Tema”, kertas projek ijazah sarjana. Pada tahun 2001, Jamal Iskandar Ismail, “Struktur Tema Dan Tautan”, latihan ilmiah, Azahar Md. Sabil, “Warkah Melayu Lama: Satu Penerapan ‘Teori’ Atqakum”, kertas projek ijazah sarjana dan Dulitah Salmi @ Nur Aisyah Abdullah, Analisis Struktur Maklumat Dalam Cerpen ‘Pertemuan Di Cedar Rapids’, kertas projek ijazah sarjana muda. Pada tahun 2002, Suryani Atan, “Tautan Perulangan Dalam Wacana Cerpen Melayu: Analisis Perbandingan Cerpen-Cerpen Konvensional, Peralihan Dan Absurd” dan Zelda Mohd. Ibrahim, “Kewacanaan Rubai Hamzah Fansuri”, latihan ilmiah, Hasnah Mat Adnan, “Analisis Tautan Dan Runtutan”, tesis sarjana, dan Sanat Md. Nasir, “Tautan Dalam Wacana Bahasa Melayu Akhbar”, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Pada tahun 2003, Sanat Md. Nasir, “Undang-undang Sastera, Sastera Undang-undang dan Undang-undang Bahasa” dalam Mohamad Mokhtar Hassan et.al (ed), Kesusasteraan Dan Undang-Undang. Akademi Pengajian Melayu, Kuala Lumpur.

                                    Seterusnya, pada tahun 2004, Alice Alim, “Analisis Tautan Perulangan Dalam Lirik Lagu Melayu Moden”, Asnia Adas, “Tautan Perulangan: Perbandingan Antara Buku Teks Singapura Dengan Malaysia”, Jamil Akok, “Wacana Dalam Novel Salina: Kajian Dari Aspek Tautan”. Pada tahun 2005 pula, Suryani Atan, “Elipsis Dalam Wacana Lisan”, tesis sarjana, Sanat Md. Nasir, “ ‘Teori’ Atqakum Dalam Pemikiran Pengajian Bahasa Melayu”, dan Hashim Musa (ed.), Bahasa Dan Pemikiran Melayu, Akademi Pengajian Melayu, Kuala Lumpur. Manakala, pada tahun 2006, Kamsiah Abdullah et. al (ed.), Budaya: Memeluk Akar Menyuluh ke Langit, Jabatan Bahasa dan Budaya Melayu, Institut Pendidikan Nasional, Universiti Teknologi Nanyang, Singapura.

                                  Di Jabatan Bahasa dan Budaya Melayu, Institut Pendidikan Nasional, Universiti Teknologi Nanyang, Singapura, ditawarkan kursus analisis wacana di peringkat sarjana mulai awal 2007. Sehingga ini, kursus tersebut telah ditawarkan dua kali. Sanat Md. Nasir, “P&P Karangan Dan Kosa Kata Dalam Pemerhatian Terhadap Guru Pelatih Di Singapura: Penyelesaian Melalui Tatabahasa Wacana” dalam Prosiding Mengajar dan Belajar Bahasa Melayu Ke-3, Jabatan Bahasa Mealyu, Fakulti Bahasa, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak, Malaysia.

                                      Begitulah sejarah perkembangan bidang wacana dalam kajian bahasa Melayu. Walaupun perkembangan sejarah wacana bahasa Melayu adalah terkemudian jika dibandingkan dengan di Barat, namun perkembangannya selepas itu ibarat cendawan tumbuh selepas hujan melalui penyelidikan-penyelidikan oleh ahli-ahli bahasa, latihan ilmiah, tesis sarjana, dan juga disertasi kedoktoran. Alaf baru 2000 dan seterusnya memperlihatkan peningkatan yang mendadak dalam penyelidikan wacana di Malaysia kerana tatabahasa wacana telah dijadikan subjek atau mata kursus di peringkat institusi pengajian tinggi sama ada di peringkat ijazah dasar, ijazah sarjana, mahupun ijazah kedoktoran seperti di Universiti Malaya, Universiti Putra Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, dan Universiti Sains Malaysia.

                                PENUTUP
                       Sebagai kesimpulannya, sejarah perkembangan wacana telah melalui tempoh masa yang amat panjang. Dalam perjalanan yang panjang inilah, wacana berkembang dan kemudiannya dibuat kajian dan analisis. Berdasarkan sejarah perkembangan wacana boleh dikatakan bermula sejak awal manusia dijadikan. Manusia adalah makhluk yang mampu bertutur dan berkomunikasi dalam pelbagai bahasa dan disiplin keilmuan dan kewacanaan. Manusia boleh menghasilkan karya-karya dalam segenap lapangan dan kerjaya. Melalui komunikasi (pertuturan, perbualan, perbahasan, deklamasi, pidato, dan sebagainya) dan karya yang dihasilkan, terhasillah apa yang dinamakan wacana. 

Kita dapat disimpulkan bahawa sejarah perkembangan wacana di negara kita mulai menyinar sejak tahun 1980-an, iaitu terlewat kira-kira sepuluh tahun berbanding perkembangan wacana di Barat dan Amerika Syarikat. Alaf baru pastinya menjanjikan kerancakan yang lebih hebat dalam penghasilan pelbagai bentuk kajian wacana kerana kian ramai pelajar di institusi pengajian tinggi yang mendapat pendedahan ini.




LATAR BELAKANG WACANA

 Menurut Sanat Md. Nasir (2002:1-8 dan12-18), wacana sebagai bidang kajian mempunyai sumber sejarahnya yang panjang, iaitu bermula dengan peradaban keagamaan yang mengkaji kitab agama, seperti teks Veda sejak 1200-1000 S.M. Malah, jika disorot lagi, zaman suhuf-suhuf dan risalah nabi-nabi Allah jauh lebih awal, seawal Nabi Adam. 

 Dalam tradisi Barat pula, wacana mendapat sumber sejarahnya daripada retorik klasik seawal abad kelima sebelum Masihi. Bidang ini mendapat tumpuan dalam aliran linguistik awal oleh Aristotle (384-322 S.M.) melalui retorik dan seterusnya, aliran Stoik oleh Zeno pada 300 S.M. 

Retorik klasik mula malap dengan munculnya linguistik sejarah dan perbandingan pada awal abad ke-19. Pada awal abad ke-20 lahir aliran struktural yang mempengaruhi formalis Rusia dan strukturalis aliran Praha seperti pada Morphology of the Folktale oleh Propp (1928) dan tentang perspektif ayat tugasan oleh Mathesius (1939). Daripada beliaulah lahir konsep struktur tema dan struktur maklumat yang menjadi asas runtutan teks. 

Di Great Britain, telah berkembang aliran Firth (1935) yang menghubungkan bahasa dengan sekitarannya melalui konsep keperihalan keadaan Malinowski. Di Amerika Syarikat pula terdapat tulisan yang menggunakan ungkapan analisis wacana oleh Harris (1952). Beliau menggunakan prosedur formal tentang penyebaran struktur kelas keserupaan yang melebihi ayat. 

Analisis wacana moden bermula pada pertengahan 1960-an dengan terbitnya analisis struktural wacana di Perancis. Di Amerika Syarikat terdapat aliran tagmemik yang dipelopori oleh Pike, etnografi pertuturan oleh Hymes dan aliran tatabahasa stratifikasi oleh Lamb. Di Jerman pula, muncul aliran linguistik teks oleh Hartmann. Dan di Great Britain, wujud aliran tatabahasa fungsional oleh Halliday yang seterusnya dikenali dengan linguistik sistemik. Halliday (1962) dalam artikelnya, “Descriptive Linguistics in Literary Studies”, dikatakan telah membuat penyataan awal tentang tautan yang seterusnya kepada pemahaman struktur wacana. Ruqaiya Hassan (1964) dalam tesis Ph.Dnya memperkukuh konsep tautan Halliday tersebut. Pemuka aliran stratifikasi.

Gleason (1968), berpendapat dalam struktur wacana terdapat dua konstituen semologi, iaitu jalur peristiwa dan jalur peserta. Menurut beliau, tautan berada dalam jalur peserta. Dekad 1960-an ini menandakan perkembangan awal analisis wacana moden yang lebih bersifat deskriptif dan struktural terhadap genre wacana popular atau peribumi. Aliran ini bergerak bebas dan bertentangan dengan aliran linguistik semasa, iaitu tatabahasa transformasi generatif. 
 
Analisis wacana pada dekad 1970-an merupakan analisis secara sistematis dalam disiplin yang sama atau antara disiplin. Perkembangan ini merupakan tentangan terhadap tatabahasa formal dan bebas konteks transformasi generatif. Antara terbitan yang besar dalam tempoh itu ialah Halliday dan Hasan (1976). Mereka menghasilkan Cohesion in English yang oleh Brown dan Yule (1983:190) dikatakan paling komprehensif dan piawai dalam bidang tautan. Malah, dalam Sanat (2002:18) terdapat kesimpulan bahawa daripada 17 buah disertasi Ph.D di luar negara tentang tautan sehingga 1993, 15 buah daripadanya menggunakan kerangka sistemik Cohesion in English. 

Dekad 1980-an dan awal 1990-an menjadikan analisis wacana lebih padu dan berkembang, dan pada waktu yang sama merencam dan mengkhusus. Antara terbitan yang besar dalam tempoh tersebut ialah Beugrande dan Dressler (1981), Introduction to Text Linguistics, Longacre (1983), The Grammar of Discourse, Halliday (1985), An Introduction to Functional Grammar, Martin (1992), English Text: System and Structure, dan Cook (1994), Discourse. 

Jika dilihat perkembangan pada dekad pertengahan 90-an dan awal abad ke-21, didapati analisis wacana memasuki tahap kritis seperti dalam Fairclough (1995,2001 dan 2003). Malah, beliau telah menghasilkan karya lebih awal daripada itu seperti Discourse and Social Change pada 1992. Seperti yang dinyatakan di atas, analisis wacana ini lebih menumpukan pada usaha membongkar kuasa yang ada dalam setiap proses bahasa kerana bahasa dilihat sebagai representasi yang memproduksi dan mereproduksi makna.
 

LATAR BELAKANG WACANA BAHASA MELAYU

Menurut Sanat Md. Nasir (2002: 9-12), kajian wacana bahasa Melayu masih baru. Ada pendapat yang mengatakan Muhammad Yunus Maris (1966) merupakan perintis analisis wacana dalam bahasa Melayu dengan menggunakan teknik keperihalan keadaan untuk menerangkan penggunaan ganti nama.

Setakat yang terkumpul, Harimurti Kridalaksana (1970: 1), menulis makalah beliau “NYA sebagai penanda anafora”. Pada tahun 1978, beliau telah menulis kertas kerja yang bertajuk “Keutuhan Wacana” dan diterbitkan sebagai artikel dalam Jurnal Dewan Bahasa. Artikel itu membahaskan keutuhan wacana sebagai salah satu aspek analisis wacana. Penelitian beliau kelihatan terpengaruh dengan aliran tagmemik dan linguistik teks. Demikianlah juga aliran tagmemik digunakan dalam Ph.D. Aja-miseba (1978).

Kerancakan penyelidikan tentang wacana bahasa Melayu berlaku dalam tahun 1980-an, iaitu sepuluh tahun selepas wacana sebagai satu disiplin rancak di Eropah dan di Amerika Syarikat. Pemaparan penyelidikan itu berupa artikel, disertasi dan buku. Asmah (1980a dan 1980b) telah menulis dua buah artikel dalam Jurnal Dewan Bahasa, yang masing-masing bertajuk “Analisis Wacana” dan “Pengajaran Bahasa untuk Kemahiran Berkomunikasi: Pendekatan Wacana”. Dalam artikel yang pertama itu, beliau telah menunjukkan penggunaan tiga jenis analisis wacana, iaitu kaedah Harris, kaedah Becker, dan kaedah Sinclair dan Coulthard. Artikel lain seperti Lufti Abas (1982) dan Soenjono Dardjowidjojo (1985).

Selain yang berbentuk artikel, penyelidikan wacana juga telah dilakukan secara serius di peringkat latihan ilmiah, sarjana dan kedoktoran. Daripada bibliografi latihan ilmiah yang diusahakan oleh Ismail (1994) dari tempoh 1977 hingga 1994, didapati latihan ilmiah yang berkaitan dengan wacana hanya muncul mulai tahun 1984. Terdapat 14 buah latihan ilmiah tentang kajian wacana sejak tahun tersebut hinggalah tahun 1989. Penelitian di peringkat sarjana sepanjang tempoh tahun 1980-an setakat yang terkumpul ialah Sucipto (1987) dan Wong (1988). Sucipto melihat unsur tautan manakala Wong, kesinambungan topik.

Di peringkat disertasi kedoktoran pula, termasuklah Abdul Aziz Idris (1982), Farrerty (1982), Azhar M. Simin (1983), dan Tallei (1988). Abdul Aziz berfokus pada aspek struktur tema dan sistem hubungan logikal dalam teks pendedahan bahasa Melayu dan Inggeris. Rafferty pula melihat struktur wacana bahasa Indonesia yang dituturkan oleh orang Cina di Malang, Indonesia. Azhar pula meneliti sintaksis wacana yang dalam bahasa Malaysia sedangkan Tallie, dengan menggunakan pendekatan analisis wacana, cuba mengkaji keterpaduan, keruntutan, dan keterbacaan wacana buku pelajaran bahasa Indonesia di peringkat sekolah dasar.

Penelitian wacana sepanjang tahun 1980-an dalam bentuk buku dan sebahagian daripada buku dapat dilihat seperti dalam Asmah (1987: 108-127) tentang teks saintifik, Tarigan (1987) Pengajaran Wacana dan Tata Bahasa Baku Bahasa Indonesia (1988: 334-360).

Dekad awal 1990-an diperteguh dengan kerancakan penelitian tentang wacana bahasa Melayu seperti yang ditunjukkan oleh peneliti berikut. Sato (1991) menghasilkan tesis Ph.D. dengan tajuk “Analisis Nahu Wacana Bahasa Melayu Klasik Berdasarkan Teks Hikayat Hang Tuah”. Tumpuan beliau pada hubungan antara susunan ayat yang logikal dengan susunan maklumat. Perhatian juga diberikan terhadap analisis tetenunan dalam ayat yang berkaitan dengan hubungan tersebut.

Soeseno (1992) dalam syarahan perdana sempena pengukuhan beliau sebagai profesor telah memilih tajuk “Analisis Wacana dan Penerapannya”. Dalam syarahan itu, beliau secara meluas menyentuh topik-topik seperti analisis wacana sebagai cabang ilmu bahasa, perbezaan antara wacana lisan dengan tulisan, konteks situasional, prinsip interpretasi lokal dan analogi, implikatur, presuposisi, inferensi, referensi, pronominal, kohesi, koherensi dan pengetahuan tentang dunia. Di hujung syarahan beliau itu, ada dimuatkan contoh-contoh analisis wacana.

Manakala peneliti lain yang menghasilkan artikel atau kertas kerja, seperti Samsuri (1992), Ramlan (1992), Ebah (1992), Wong (1992;1993), Sanat (1992;1994;1995a dan 1995b;1996a dan 1996b), Dede Oetomo (1993), Ismail (1993;1994) dan Zahrah (1995).

Jika ditinjau dari segi penghasilan latihan ilmiah dalam bidang ini bagi tempoh 1990 hingga 1994 di Malaysia, terdapat 17 buah, iaitu 15 buah dari Jabatan Linguistik, Universiti Kebangsaan Malaysia, dan dua buah dari Rancangan Bahasa Melayu, Universiti Malaya. Dua buah latihan ilmiah itu terdiri daripada Hasnah (1994), “Analisis Tautan dalam Wacana Bahasa Melayu” dan Tan (1994), “Tautan dalam Bahasa Melayu”. Kedua-dua latihan ilmiah tersebut menggunakan kerangka Halliday dan Ruqaiya Hasan (1976).

Seperti yang telah dinyatakan di atas, wacana sebagai bidang kajian dalam penelitian bahasa Melayu masih baru. Hal ini berlaku kerana beberapa sebab. Antaranya, wacana sebagai satu disiplin hanya berlaku pada tahun 1970-an di Eropah dan di Amerika Syarikat. Biasanya, kesannya akan memakan waktu antara 5 hingga 10 tahun untuk sampai ke sini. Pada waktu yang sama, aliran transformasi generatif yang dipelopori Chomsky masih kuat bertapak sehingga kebanyakan ahli bahasa kita yang belajar di peringkat kedoktoran dalam tempoh itu telah terpengaruh dengan aliran tersebut.

Selain itu, kajian wacana sebagai mata kursus peringkat sarjana muda di universiti tempatan masih belum menyeluruh. Lufti, Sanat dan Nuwairi (1985) telah membuat tinjauan tentang pengajaran linguistik di Malaysia dari segi konsep dan aliran, dan didapati hanya Jabatan Linguistik, Universiti Kebangsaan Malaysia yang ada menawarkan kursus tersebut. Bahkan, kursus itu pun dianggap umum sebab sekadar menyatakan topik tentang teori sintaksis yang boleh dilihat daripada aliran lain yang bukan wacana, seperti tranformasi generatif.

Pada awal tahun 1990 diberitahu bahawa di IKIP Malang, Unika Atma Jaya dan di Universitas Indonesia di Indonesia masih belum ada kursus seumpama itu di peringkat ijazah pertama. Demikian juga di Jabatan Pengajian Melayu, National University of Singapore. Sebaliknya, Pengajian Bahasa Malaysia, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia sudah menawarkan kursus “Analisis Wacana” di peringkat ijazah dasar bagi sesi 1989/90. Di Rancangan Bahasa Melayu, Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya kursus tersebut hanya dapat dimulakan pada sesi 1993/94 dengan tajuk “Tatabahasa Wacana Bahasa Melayu”. Jabatan Pengajian Melayu, Fakulti Bahasa Moden, Universiti Pertanian Malaysia belum lagi menawarkan kursus yang seumpama itu pada sesi 1995.






CIRI-CIRI WACANA

Menurut Beaugrande dan Dressler (1981:81), terdapat tujuh ciri ketekstualan yang perlu dipenuhi untuk menghasilkan wacana yang utuh, iaitu tautan, runtutan, tujuan, penerimaan, maklumat, keadaan dan interteks.

Namun menurut Asmah Haji Omar dalam artikel Jurnal Dewan Bahasa yang bertajuk “ Analisis Wacana “ pula terdapat lapan unsur-unsur penting dalam wacana iaitu : 
 

       I.            satuan bahasa
    II.            terlengkap
 III.            mengatasi ayat atau klausa
 IV.            teratur atau tersusun rapi
    V.            berkesinambungan
 VI.            kohesi
VII.             lisan atau tulisan
VIII.            awal dan akhir yang nyata.

Menurut Nik Safiah Karim dalam Tatabahasa Dewan edisi Ketiga pula, terdapat dua ciri utama dalam sebuah wacana yang utuh iaitu, kohesi (atau tautan) dan koheren (atau runtutan). Menurut beliau lagi, terdapat juga ciri-ciri yang lain termasuklah tujuan sesuatu wacana, penerimaan oleh pendengar atau pembaca, maklumat yang terkandung, keadaan yang mewujudkan wacana dan interteks atau peranan wacana–wacana lain yang membantu pendengar atau pembaca memahaminapa yang didengar atau dibaca.



Tautan atau kohesi
 Tautan atau kohesi ialah keserasian hubungan antara satu unsur linguistik dengan unsur linguistik yang lain dalam sesebuah wacana untuk menghasilkan wacana yang mantap. Keserasian hubungan ini lazimnya dilihat melalui hubungan antara sesuatu perkataan, frasa atau ayat dengan perkataan, frasa atau ayat lain yang terdapat dalam wacana tersebut. Tautan penting kerana tautan dapat mewujudkan kesinambungan antara sebahagian teks dengan yang lain sehingga membentuk suatu kesatuan. Kohesi juga merujuk kepada idea atau esei yang dijalin rapi hingga menjadi bersepadu. Kohesi juga disebut sebagai organisasi sintaktik yang mana merupakan wadah ayat-ayat yang disusun secara padu dan juga padat. Perkara ini bermaksud kohesi adalah hubungan di antara ayat di dalam sebuah wacana tidak kira sama ada dari segi strata gramatikal mahupun strata leksikal tertentu. Penguasaan dan pengetahuan kohesi yang begitu baik akan dapat menghasilkan wacana yang baik. “Tautan merupakan satu set kemungkinan yang wujud dalam bahasa untuk menjadikan suatu teks itu berkesatuan” (Halliday dan Hasan:1976) Menurut Halliday dan Hasan lagi, "Cohesion is expressed through the strata organization of language. Language can be explained as a multiple coding system comprising three levels of coding or 'strata'. The semantic (meaning), the lexicogrammatical (forms) and the phonological and orthographic (expression). Meanings are realized (coded) as forms, and the forms are realized in turn (recoded) as expressions. To put this in everyday terminology, meaning is put into wording and wording into sound or writing." Halliday dan Hasan telah cuba melihat tautan makna itu dari dua sudut iaitu tautan nahuan dan tautan leksikal. Kedua-dua nahuan ini wujud dalam sesuatu kesatuan teks.
Selain itu, kohesi juga memperlihatkan jalinan ujaran dalam bentuk ayat bagi membentuk suatu teks atau konteks dengan menghubungkan makna yang terkandung di dalam unsur. Kohesi juga dikenali sebagai tetenunan, tautan, kepaduan dan sebagainya.

 Contohnya:  1. Syazwani, Siti dan Faiznur ke perpustakaan.
 2. Mereka ke sana untuk meminjam buku.

Dalam contoh di atas, terdapat tautan antara kedua-dua ayat tersebut. Perkataan mereka dalam ayat kedua merujuk kepada Syazwani, Siti dan Faiznur, sementara sana merujuk kepada perpustakaan. Oleh itu, kedua-dua ayat yang mempunyai tautan ini dianggap sebagai wacana. Tambahan pula, kedua-dua ayat ini bermakna dan difahami.


 Jenis-jenis kohesi

Kohesi Leksikal
Kohesi Leksikal diperoleh dengan cara memilih kosa kata yang serasi. Ada dua cara bagi mencapai aspek kohesi leksikel ini, iaitu reiterasi dan kolokasi.

i) Reiterasi (Pernyataan Semula) Reiterasi atau pernyataan semula berlaku melalui tiga cara, iaitu pengulangan kata, sinonim, superordinat dan kata-kata umum.

a) Pengulangan Kata
Pengulangan kata ini dikenali juga sebagai repetition. Kata yang sering kali diulang ini adalah dari 'kata isi' (content word). Ini bermakna kata itu adalah kata yang amat penting bagi sesuatu ayat yang dibentuk dan dibina bagi teks ataupun wacana. Kata isi ini boleh dikenal pasti melalui dua cara. Cara yang pertama ialah kata itu atau 'kata isi' tersebut akan dijadikan sebagai unsur yang tidak boleh ditinggalkan ataupun tidak digunakan jika diperkatakan di dalam intipati teks. Manakala cara yang kedua ialah jika kata tersebut tidak diulang maka berkemungkinan teks itu akan terganggu sifat kesatuannya. Dalam bahasa Melayu, kata yang akan diulang itu boleh berubah bentuk dari segi ataupun sudut morfologi. Ini dapat dikategorikan di dalam pengulangan kata ini, jika kelas kata yang diulang itu tidak berubah.

b) Sinonim
 Sinonim ialah suatu kata yang mempunyai makna yang sama dengan 'kata seerti'. Sinonim ini digunakan kerana ianya untuk mengelakkan kebosanan bagi pengulangan kata yang sama di dalam teks dan juga sinonim ini memberikan variasi kepada sesuatu teks. Sesetengah kata dikatakan sinonim adalah disebabkan kedua-duanya merujuk kepada perkara yang sama.

 c) Superordinat
Superordinat ialah penggunaan kata yang lebih khusus atau 'hiponim' kepada kata yang lebih umum atau dikenali sebagai 'hiperonim'. Contoh : Semua yang ada di desa seperti kambing, biri-biri, kerbau, lembu dan ayam, harus dibuatkan kandangnya secara teratur. Ketua Kampung mengarahkan penduduk desa membuat kandang ternakan masing-masing. (Tarigan, H.G. 1995: 146) Superordinat bagi contoh di atas ialah kata umum yang merujuk 'kambing, kerbau, biri-biri, ayam', iaitu 'ternakan'. Kata 'kambing, kerbau, ayam' adalah kata khusus yang juga dikenali hiponim.

d) Kata-kata Umum
Kata-kata umum ialah kata-kata yang tidak tentu kelasnya. Contoh : Bagi Awang Semaun, jika ia beroleh sesuatu hasil perburuan atau berkarang, sebelum perolehan itu dibawanya balik ke rumahnya… (Harun Aminurrashid. 2001:25)

ii) Kolokasi
 Bagi mengenal kolokasi adalah melihat dari dua sudut, iaitu:

a) Dari Sudut Sintaksis
Contoh : Ketika itu nama Brunei dikenali sebagai Puni, kerana ibu kotanya bernama Puni. Pada zaman Sultan Muhyiddin iaitu Sultan Brunei yang ke-XIV baharulah Kerajaan Brunei itu dipindahkan ke tempat yang ada sekarang. (Harun Aminurrashid. 2001:19)

 b) Dari Sudut Semantik
Contoh : Kerajaan berusaha bersungguh-sungguh meningkatkan perhubungan di tanah air kita, iaitu perhubungan darat, laut dan udara. Dalam bidang perhubungan darat telah digalakkan pemanfaatan kereta api dan kenderaan bermotor. Kenderaan ini meliputi kereta, motosikal dan lain-lain. (Tarigan, H.G. 1995: 136)


Runtutan atau koheren

Runtutan atau koheren merupakan kesinambungan idea yang terdapat dalam sesebuah wacana sehingga menjadikan sesebuah teks itu bermakna. Oleh itu, runtutan merupakan asas dalam pembinaan wacana kerana sesuatu teks itu dianggap sebagai wacana jika teks tersebut mempunyai makna. Contohnya:

Penyakit sindrom kurang daya tahan atau Aids bukanlah gejala yang baharu. Penyakit ini telah lama dikesan di beberapa buah Negara di Eropah. Walaupun bidang sains dan teknologi berkembang maju, tetapi masalah ini masih tidak dapat diatasi.

Contoh di atas jelas menunjukkan kesinambungan idea melalui perkataan Aids, gejala, penyakit dan masalah ini. Kesinambungan idea ini telah menjadikan ayat-ayat tersebut bertaut di antara satu sama lain untuk membentuk wacana yang bermakna. Kebanyakan wacana mempunyai tautan untuk menjadikannya runtut. Walau bagaimanapun, teks yang bertaut tidak semestinya runtut. Contohnya:

Wanita itu membeli baju baharu bewarna biru. Warna biru ialah warna kegemaran muda-mudi kini. Muda-mudi kini ramai yang menghadapi masalah sosial.

Berdasarkan teks di atas, setiap ayat mempunyai tautan. Tetapi teks tersebut tidak merupakan wacana kerana teks tersebut tidak bermakna dan tidak difahami. Malahan, teks tersebut tidak mempunyai kesinambungan idea atau tidak koheren. Oleh itu, untuk menghasilkan wacana, sesuatu teks itu perlulah koheren atau runtutan.


Tujuan
Setiap wacana yang diujarkan sama ada dalam bentuk tulisan atau lisan perlu mempunyai tujuan. Tujuan sesuatu wacana ini ditentukan oleh penghasil wacana tersebut sama ada penulis atau pembicaranya. Sesuatu wacana perlu mempunyai tujuan untuk menimbulkan interaksi yang komunikatif. Tujuan ini akan menentukan jenis wacana yang digunakan. Jika tujuan seseorang adalah untuk mendapatkan maklumat, ayat yang sering digunakan ialah ayat Tanya, tetapi jika seseorang itu ingin menyatakan atau menerangkan sesuatu, ayat yang digunakan ialah ayat penyata.


Penerimaan
 Sesuatau wacana sama ada lisan atau tulisan, perlu mempunyai pendengar atau pembaca. Pendengar dan pembaca merupakan penerima sesuatu wacana. Tahap penerimaan seseorang itu tinggi jika pendengar atau pembaca memahami sepenuhnya wacana yang diujarkan sama ada dalam bentuk tulisan atau lisan. Oleh itu, tahap penerimaan adalah tinggi apabila tahap tujuan sama dengan tahap penerimaan.

Maklumat
Setiap wacana mempunyai maklumat. Maklumat terdiri daripada dua jenis, iaitu maklumat lama dan maklumat baharu. Maklumat lama ialah maklumat yang telah dinyatakan terdahulu. Maklumat baharu pula ialah maklumat yang baru sahaja dinyatakan dengan andaian pendengar atau pembaca tidak mengetahui maklumat itu sebelum ini. Contohnya:

(1) Puan Rita mengajar di sekolah menengah. (2) Sekolah itu sekolah berasrama penuh.
Sekolah itu dalam ayat (2) merupakan maklumat lama kerana telah dinyatakan dalam ayat sebelumnya. Sekolah berasrama penuh ialah maklumat baharu kerana baru disebutkan dalam ayat itu.

Keadaan
Ciri seterusnya ialah keadaan. Keadaan ialah latar sewaktu bahasa itu digunakan, dan membantu pendengar atau pembaca memahami sesuatu wacana. Ungkapan “Sila masuk”, misalnya, difahami kerana digunakan dalam keadaan latar seseorang mempelawa seorang lain masuk ke dalam bilik atau rumahnya. Dalam kehidupan sehari-hari terdapat pelbagai jenis latar, misalnya latar rumah tangga, latar tempat kerja, latar tempat membeli-belah, latar berekreasi, latar beribadat, dan bermacam-macam lagi. Setiap latar menghasilkan wacana tersendiri.
Setiap wacana perlu dikaji kaitan dan kedudukan penutur dalam masyarakat secara amnya yang akan menentukan gaya wacana sama ada gaya formal atau tidak formal. Gaya formal, contohnya, wujud apabila seseorang guru pelatih berkomunikasi dengan pensyarah, murid atau pelajar berhubung dengan guru. Gaya tidak formal adalah gaya yang wujud dalam hubungan biasa antara rakan. Hubungan ini menghasilkan kesan dialek sosial dalam pertuturan. Wacana harus ada tujuan yang menentukan sesuatu jenis ayat. Contohnya, jika tujuan penutur adalah untuk melaksanakan sesuatu perbuatan , jenis ayat yang terbentuk ialah ayat perintah. Begitu juga jika tujuan penutur adalah untuk mendapatkan maklumat, jadi ayat yang terbentuk ialah ayat Tanya. Sesuatu wacana mesti berdasarkan kaitan antara penutur dengan pendengar dalam bahasa lisan dan penulis dengan pembaca dalam bahasa tulisan. Tiap-tiap wacana tidak boleh dimansuhkan maklumat yang bertentangan dengan maklumat yang terdapat dalam ayat sebelumnya. Contohnya:

 “Kelmarin dia tidur sehari suntuk.” “Kelmarin dia tidur sehingga jam 9.00 pagi.”

Dalam wacana perlu ada unsur-unsur susun atur menurut sebab, akibat, tempat, waktu, keutamaan dan sebagainya. Tegasnya, ayat-ayat itu harus mempunyai urutan yang berkait rapat. Misalnya:

“Cikgu Shafie mengajar dengan penuh dedikasi.” “ia mendapat pujian daripada guru besar.”

Setiap wacana harus mempunyai andaian dan inferensi. Maklumat pertama dalam wacana digelar andaian manakala maklumat berikutnya disebut inferensi. Dalam tatabahasa tradisional, andaian digelar judul dan inferensi disebut ulasan. Inferensi manambah maklumat kepada andaian dan lazimnya bahagian ini diberi tekanan suara yang tinggi.


Interteks

Interteks bermaksud sesuatu wacana itu bergantung kepada wacana yang lain. Hal ini beerti wacana-wacana lain juga memainkan peranan penting untuk membantu seseorang memahami sesuatu wacana yang sedang dibaca atau didengarinya dengan mudah. Dengan kata lain, kefahaman seseorang terhadap sesebuah wacana bergantung kepada pengetahuannya terhadap perkara yang dibaca atau didengarnya itu.


Jenis-jenis wacana

Umumnya wacana dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu wacana lisan dan wacana tulisan. Wacana lisan ialah wacana yang dihasilkan melalui media lisan, iaitu melibatkan pembicara dan pendengar. Komunikasi yang terlibat dalam wacana lisan ini ialah komunikasi interaktif, iaitu komunikasi yang melibatkan hubungan pembicara dan pendengar secara langsung. Dalam wacana lisan, pembicara biasanya akan menggunakan ekspresi wajah, intonasi suara, gerak badan dan sebagainya untuk menyampaikan sesuatu maklumat kepada pendengar. Biasanya dalam wacana lisan, pembicara akan mendapat respon daripada pendengar pada ketika itu juga. Antara contoh wacana lisan adalah menerusi perbualan, temu ramah, ceramah, khutbah, pidato dan siaran televisyen atau radio.

Wacana tulisan pula ialah wacana yang disampaikan secara bertulis. Wacana tulisan melibatkan hubungan antara penulis dengan pembaca.komunikasi yang terlibat ialah komunikasi tidak langsung, iaitu komunikasi satu arah. Penulis tidak berhadapan dengan pembaca sewaktu wacana tersebut dihasilkan. Oleh itu, penulis tidak mendapat respon secara langsung daripada pembaca. Wacana tulisan seringkali disunting terlebih dahulu bagi menghasilkan tulisan yang berkualiti dan tepat. Dalam wacana tulisan, pembaca perlu membaca teks yang ditulis untuk memahami maksud yang ingin disampaikan oleh seseorang pengarang atau penulis. Antara contoh wacana tulisan ialah tulisan-tulisan yang terdapat di dalam akhbar, majalah dan buku. Rencana di bawah adalah merupakan salah satu contoh wacana tulisan. Contoh wacana tulisan :
 Rencana Tajuk : Masalah-masalah yang Dihadapi Akibat Kemasukan Pekerja Asing. Oleh : Siti Aminah bt Kasim Perkembangan ekonomi dalam tahun 80-an dan tahun 90-an menyediakan peluang pekerjaan yang amat banyak hingga negara tidak mempunyai tenaga buruh yang mencukupi. Fenomena ini menyebabkan negara mengimport tenaga dari negara jiran. Sebaliknya, kemasukan tenaga buruh asing menimbulkan pelbagai masalah sosial. Kedatangan buruh asing secara beramai-ramai yang tidak disaring latar belakang mereka membenarkan kemasukan penjenayah yang datang untuk mencari kesempatan. Sungguhpun, sebahagian besar daripada buruh asing ini datang untuk mencari rezeki terdapat pula mereka yang berniat jahat. Justeru itu, berlakulah jenayah seperti pencurian, rompakan, dan penipuan. Golongan jahat ini datang untuk mencari kesenangan dengan cepat. Oleh itu, kejadian rompakan dan kecurian kerapkali berlaku di mana buruh asing ramai didapati. Rancangan menerima buruh asing digunakan oleh sesetengah pihak untuk lari dari kampung halaman mereka. Mereka lari dari tempat mereka kerana mereka melakukan jenayah. Apabila mereka datang ke sini mereka mungkin bertemu dengan seteru lama mereka. Justeru itu, kita kerapkali dikejutkan oleh pergaduhan dan pembunuhan di kalangan buruh asing terutama sekali yang datang dari Indonesia dan Filipina. Selain itu, di kalangan buruh asing itu terdapat juga mereka yang datang bukan untuk makan gaji tetapi untuk berniaga. Walaupun pada mulanya mereka bekerja tetapi setelah beberapa lama mereka berniaga dengan membuka gerai. Mereka berniaga tanpa lesen dan kadang-kadang bersaing dengan peniaga tempatqan. Oleh sebab overhed mereka rendah, mereka berupaya menjual barang-barang mereka dengan murah. Kegiatan ini menimbulkan pelbagai masalah kepada peniaga tempatan. Di samping itu, peniaga tempatan yang tidak boleh bersaing meninggalkan tempat perniagaan mereka. Tindakan ini menambah pula peniaga saing seperti di Chow Kit pada suatu ketika dahulu. Di samping itu, terdapat pula golongan buruh asing yang cuba menganut budaya tempatan sehingga mereka menjadi seperti penduduk tempatan. Kebanyakan daripada mereka berkahwin dengan gadis-gadis tempatan. Setelah mengumpulkan wang dengan banyak mereka balik ke negara asal mereka dan meninggalkan anak-anak dan isteri mereka. Fenomena ini jika tidak dikawal sudah pasti menimbulkan masalah sosial dan membebankan negara. Rancangan jangka pendek untuk mengisi kekosongan di kilang, tapak pembinaan, ladang-ladang, hotel, dan restoran rupa-rupanya membawa masalah yang berat. Andainya, pengambilan buruh asing berlanjutan maka kawalan yang ketat dan saringan yang teliti perlulah diambil oleh pihak yang berwajib. (+348 patah perkataan)


PENANDA WACANA

Penanda wacana ialah perkataan ataupun rangkaian perkataan yang berfungsi mempertalikan sesuatu idea, hujah dan pandangan seseorang semasa menulis ataupun berucap. Penanda wacana amat penting dalam sesebuah teks kerana penanda wacana dapat mewujudkan pertautan atau kesinambungan antara sebahagian teks dengan yang lain sehingga membentuk kesatuan. Penanda wacana juga merupakan unsur-unsur bahasa yang mewujudkan kohesi dan koheran antara satu teks dengan teks yang lain sehingga membentuk kesatuan. Terdapat banyak jenis penanda wacana dalam bahasa Melayu. Dalam bahasa Melayu terdapat lima jenis penanda wacana, iaitu

 Penanda Leksikal
Penanda leksikal ialah penanda yang melibatkan pertautan antara perkataan atau frasa secara semantik (makna) dalam sesebuah wacana. Penanda leksikal melibatkan unsur pengulangan kata dan kebiasaannya pengulangan kata yang terlibat ialah pengulangan unsur yang sama, pengulangan sinonim, hiponim dan kolokasi. Pengulangan unsur yang sama bermaksud setiap kata diulang secara penuh tanpa melakukan sebarang perubahan. Contohnya seperti:

 Ibu amat menyayangi Ahmad. Kami juga amat menyayanginya.

Dalam ayat di atas, berlaku pengulangan secara penuh bagi perkataan menyayangi.
Pengulangan sinonim pula merujuk kepada pengulangan kata yang mempunyai makna yang hampir sama seperti:

Suatu ketika dahulu wanita itu amat dikaguminya. Tetapi kini, wanita itu dianggapnya sebagai perempuan murahan.

Perkataan wanita dan perempuan merupakan pengulangan kata yang sinonim iaitu sama makna.

Pengulangan hiponim pula ialah pengulangan yang melibatkan hubungan antara makna khusus dan makna yang umum yang mana merangkumi makna yang khusus. Makna yang umum disebut sebagai superordinat manakala makna khusus disebut sebagai hiponim.

Contohnya ikan merangkumi makna yang khusus seperti tenggiri, bawal, cencaru, selar dan kembung.

 Contohnya: Malaysia telah mengimport pelbagai jenis kereta dari luar negara. Antaranya Honda, Nissan, Toyota dan Volvo.


Penanda rujukan

 Penanda rujukan melibatkan rujukan terhadap ganti nama diri dang anti nama tunjuk. Rujukan ganti nama diri melibatkan ganti nama diri orang pertama, kedua dan ketiga.

Contoh rujukan ganti nama diri adalah seperti yang berikut:

Aku, Sani dan Udin akan ke Kuala Lumpur. Kami bertolak pada pukul empat petang. Perkataan kami merupakan kata ganti nama diri bagi aku, Sani dan Udin.

 Kata ganti nama tunjuk ialah perkataan yang membawa maksud menunjukkan benda atau perkara. Dalam bahasa Melayu, penanda penunjuk terdiri daripada perkataan ini, itu, sini dan situ. Contohnya:

Di manakah awak tinggal? Saya tinggal di sana.


Penanda penghubung

Penanda penghubung berfungsi sebagai penjalin unsur-unsur linguistik seperti perkataan, frasa atau ayat yang terdapat dalam sesebuah wacana. Penanda penghubung terdiri daripada penghubung tambahan, tentangan, musabab dan tempoh. Penghubung tambahan merupakan penghubung yang memberikan maklumat tambahan terhadap sesuatu perkara yang diperkatakan sebelumnya. Antara penghubung tambahan dalam bahasa Melayu ialah dan, malahan, tambahan pula, lebih-lebih lagi, di samping itu dan selanjutnya. Contohnya :

Tugasnya sebagai wartawan di salah sebuah syarikat penyiaran benar-benar member pengalaman kepadanya kerana dia sering diberikan tugasan di luar Bandar. Malahan dia juga berpeluang melawat negara-negara luar seperti Thailand dan juga India untuk menjayakan rancangan dokumentari itu.

Penghubung tentangan ialah penghubung yang menunjukkan pertentangan maklumat antara suatu ayat yang baru diperkatakan dengan ayat sebelumnya dalam sesebuah wacana. Antara contoh penanda penghubung tentangan ialah tetapi, sebaliknya, namun dan walau bagaimanapun. Contohnya :

Penghuni benua Amerika suatu ketika dahulu bukanlah kaum kulit putih dan berambut perang. Sebaliknya, mereka merupakan kaum yang berambut panjang dan hitam.

Penanda penghubung musabab ialah penanda yang merupakan sebab berlakunya sesuatu. Contoh penanda musabab ialah kerana, oleh sebab dan oleh itu. Contohnya:

Dia kesuntukan masa. Oleh sebab itu, dia perlu menyiapkan tugasannya secepat mungkin.

Penanda penghubung tempoh ialah penanda penghubung yang menunjukkan urutan masa atau siri berlakunya sesuatu. Contoh penanda penghubung tempoh ialah pertama, kedua, ketiga, kemudian, selanjutnya dan sebagainya. Contohnya:

Pada peringkat awal pendakian, ramai di kalangan ahli kami yang kepenatan. Kemudian, kami berhenti rehat untuk jangka waktu yang panjang dan selepas itu, kami teruskan pendakian. Akhirnya, berbekalkan semangat juang yang tinggi kami berjaya sampai ke puncak Gunung Kinabalu tepat jam 6.30 pagi

Penanda penggantian.

Penggantian ini dikenali sebagai Substitution. Penggantian adalah pengambilan alihan atau pertukaran bagi sesuatu segmen kata, frasa atau klausa oleh kata ganti yang lainnya. Penanda penggantian terdiri daripada penanda penggantian nominal, verbal dan klausal. Penggantian nominal ialah penggantian yang dilakukan terhadap kata nama tau frasa nama, manakala penggantian verbal melibatkan penggantian terhadap kata atau frasa kerja dan penggantian klausa pula melibatkan penggantian sebahagian daripada ayat. Contohnya :
Saya sengaja tidak mahu menebang pokok durian itu. Nanti baru saya lakukan. Dalam contoh di atas, perkataan lakukan menggantikan sebahagian ayat sebelumnya, iaitu menebang pokok durian itu. Penggantian seperti ini merupakan penggantian klausa.

Elipsis

 Elipsis melibatkan pengguguran kata atau frasa yang telah dinyatakan dalam ayat sebelumnya. Ini beerti pengguguran kata atau frasa melibatkan maklumat yang telah diketahui oleh pembaca atau pendengar berdasarkan konteksnya.

Contoh 1 : Pemuda itu kelihatan resah. Tidak tahu arah mana yang harus ditujunya.

Dalam contoh di atas, frasa pemuda itu tidak diulang dalam ayat kedua. Walaupun ayat kedua tidak menyatakan unsur yang sama seperti ayat pertama, tetapi ayat kedua ini masih difahami.

Contoh 2 : Ah Meng suka baju berwarna merah. Adiknya suka baju putih.

 Dalam ayat (1) di atas perkataan tidak diulang dalam ayat (2). Walaupun dalam ayat pertama dan kedua menyatakan unsur yang sama iaitu unsur warna tetapi kedua-dua ayat tersebut masih boleh difahami.

 Jenis elipsis.

Terdapat tiga jenis elipsis , iaitu

a) Pengguguran nomina

 Contoh : A: " Kita ini perlu anak. Tau anak! Adanya anak akan lebih bererti hidup …" B: "Kenapa diungkit-ungkit juga soal ^ itu?" (Leman Ahmad. 1984: 24)

b) Pengguguran verbal

Contoh : A: "Pernahkah kamu menaiki beca dan basikal?" B: "ya, pernah ^ " (Tarigan, H.G. 1995:166) c) Pengguguran klausa Contoh : Guru: "Apakah kamu mahu mendapat biasiswa dari kerajaan?" Pelajar: "Ya tentu" (Tarigan, H.G. 1995:147)

Copy the BEST Traders and Make Money : http://ow.ly/KNICZ
            JENIS-JENIS WACANA
5.0 Latar belakang wacana bahasa Melayu Menurut Sanat Md. Nasir (2002: 9-12), kajian wacana bahasa Melayu masih baru. Ada pendapat yang mengatakan Muhammad Yunus Maris (1966) merupakan perintis analisis wacana dalam bahasa Melayu dengan menggunakan teknik keperihalan keadaan untuk menerangkan penggunaan ganti nama. Setakat yang terkumpul, Harimurti Kridalaksana (1970: 1), menulis makalah beliau “NYA sebagai penanda anafora”. Pada tahun 1978, beliau telah menulis kertas kerja yang bertajuk “Keutuhan Wacana” dan diterbitkan sebagai artikel dalam Jurnal Dewan Bahasa. Artikel itu membahaskan keutuhan wacana sebagai salah satu aspek analisis wacana. Penelitian beliau kelihatan terpengaruh dengan aliran tagmemik dan linguistik teks. Demikianlah juga aliran tagmemik digunakan dalam Ph.D. Aja-miseba (1978). Kerancakan penyelidikan tentang wacana bahasa Melayu berlaku dalam tahun 1980-an, iaitu sepuluh tahun selepas wacana sebagai satu disiplin rancak di Eropah dan di Amerika Syarikat. Pemaparan penyelidikan itu berupa artikel, disertasi dan buku. Asmah (1980a dan 1980b) telah menulis dua buah artikel dalam Jurnal Dewan Bahasa, yang masing-masing bertajuk “Analisis Wacana” dan “Pengajaran Bahasa untuk Kemahiran Berkomunikasi: Pendekatan Wacana”. Dalam artikel yang pertama itu, beliau telah menunjukkan penggunaan tiga jenis analisis wacana, iaitu kaedah Harris, kaedah Becker, dan kaedah Sinclair dan Coulthard. Artikel lain seperti Lufti Abas (1982) dan Soenjono Dardjowidjojo (1985). Selain yang berbentuk artikel, penyelidikan wacana juga telah dilakukan secara serius di peringkat latihan ilmiah, sarjana dan kedoktoran. Daripada bibliografi latihan ilmiah yang diusahakan oleh Ismail (1994) dari tempoh 1977 hingga 1994, didapati latihan ilmiah yang berkaitan dengan wacana hanya muncul mulai tahun 1984. Terdapat 14 buah latihan ilmiah tentang kajian wacana sejak tahun tersebut hinggalah tahun 1989. Penelitian di peringkat sarjana sepanjang tempoh tahun 1980-an setakat yang terkumpul ialah Sucipto (1987) dan Wong (1988). Sucipto melihat unsur tautan manakala Wong, kesinambungan topik. Di peringkat disertasi kedoktoran pula, termasuklah Abdul Aziz Idris (1982), Farrerty (1982), Azhar M. Simin (1983), dan Tallei (1988). Abdul Aziz berfokus pada aspek struktur tema dan sistem hubungan logikal dalam teks pendedahan bahasa Melayu dan Inggeris. Rafferty pula melihat struktur wacana bahasa Indonesia yang dituturkan oleh orang Cina di Malang, Indonesia. Azhar pula meneliti sintaksis wacana yang dalam bahasa Malaysia sedangkan Tallie, dengan menggunakan pendekatan analisis wacana, cuba mengkaji keterpaduan, keruntutan, dan keterbacaan wacana buku pelajaran bahasa Indonesia di peringkat sekolah dasar. Penelitian wacana sepanjang tahun 1980-an dalam bentuk buku dan sebahagian daripada buku dapat dilihat seperti dalam Asmah (1987: 108-127) tentang teks saintifik, Tarigan (1987) Pengajaran Wacana dan Tata Bahasa Baku Bahasa Indonesia (1988: 334-360). Dekad awal 1990-an diperteguh dengan kerancakan penelitian tentang wacana bahasa Melayu seperti yang ditunjukkan oleh peneliti berikut. Sato (1991) menghasilkan tesis Ph.D. dengan tajuk “Analisis Nahu Wacana Bahasa Melayu Klasik Berdasarkan Teks Hikayat Hang Tuah”. Tumpuan beliau pada hubungan antara susunan ayat yang logikal dengan susunan maklumat. Perhatian juga diberikan terhadap analisis tetenunan dalam ayat yang berkaitan dengan hubungan tersebut. Soeseno (1992) dalam syarahan perdana sempena pengukuhan beliau sebagai profesor telah memilih tajuk “Analisis Wacana dan Penerapannya”. Dalam syarahan itu, beliau secara meluas menyentuh topik-topik seperti analisis wacana sebagai cabang ilmu bahasa, perbezaan antara wacana lisan dengan tulisan, konteks situasional, prinsip interpretasi lokal dan analogi, implikatur, presuposisi, inferensi, referensi, pronominal, kohesi, koherensi dan pengetahuan tentang dunia. Di hujung syarahan beliau itu, ada dimuatkan contoh-contoh analisis wacana. Manakala peneliti lain yang menghasilkan artikel atau kertas kerja, seperti Samsuri (1992), Ramlan (1992), Ebah (1992), Wong (1992;1993), Sanat (1992;1994;1995a dan 1995b;1996a dan 1996b), Dede Oetomo (1993), Ismail (1993;1994) dan Zahrah (1995). Jika ditinjau dari segi penghasilan latihan ilmiah dalam bidang ini bagi tempoh 1990 hingga 1994 di Malaysia, terdapat 17 buah, iaitu 15 buah dari Jabatan Linguistik, Universiti Kebangsaan Malaysia, dan dua buah dari Rancangan Bahasa Melayu, Universiti Malaya. Dua buah latihan ilmiah itu terdiri daripada Hasnah (1994), “Analisis Tautan dalam Wacana Bahasa Melayu” dan Tan (1994), “Tautan dalam Bahasa Melayu”. Kedua-dua latihan ilmiah tersebut menggunakan kerangka Halliday dan Ruqaiya Hasan (1976). Seperti yang telah dinyatakan di atas, wacana sebagai bidang kajian dalam penelitian bahasa Melayu masih baru. Hal ini berlaku kerana beberapa sebab. Antaranya, wacana sebagai satu disiplin hanya berlaku pada tahun 1970-an di Eropah dan di Amerika Syarikat. Biasanya, kesannya akan memakan waktu antara 5 hingga 10 tahun untuk sampai ke sini. Pada waktu yang sama, aliran transformasi generatif yang dipelopori Chomsky masih kuat bertapak sehingga kebanyakan ahli bahasa kita yang belajar di peringkat kedoktoran dalam tempoh itu telah terpengaruh dengan aliran tersebut. Selain itu, kajian wacana sebagai mata kursus peringkat sarjana muda di universiti tempatan masih belum menyeluruh. Lufti, Sanat dan Nuwairi (1985) telah membuat tinjauan tentang pengajaran linguistik di Malaysia dari segi konsep dan aliran, dan didapati hanya Jabatan Linguistik, Universiti Kebangsaan Malaysia yang ada menawarkan kursus tersebut. Bahkan, kursus itu pun dianggap umum sebab sekadar menyatakan topik tentang teori sintaksis yang boleh dilihat daripada aliran lain yang bukan wacana, seperti tranformasi generatif. Pada awal tahun 1990 diberitahu bahawa di IKIP Malang, Unika Atma Jaya dan di Universitas Indonesia di Indonesia masih belum ada kursus seumpama itu di peringkat ijazah pertama. Demikian juga di Jabatan Pengajian Melayu, National University of Singapore. Sebaliknya, Pengajian Bahasa Malaysia, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia sudah menawarkan kursus “Analisis Wacana” di peringkat ijazah dasar bagi sesi 1989/90. Di Rancangan Bahasa Melayu, Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya kursus tersebut hanya dapat dimulakan pada sesi 1993/94 dengan tajuk “Tatabahasa Wacana Bahasa Melayu”. Jabatan Pengajian Melayu, Fakulti Bahasa Moden, Universiti Pertanian Malaysia belum lagi menawarkan kursus yang seumpama itu pada sesi 1995/ Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ



Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ
5.0 Latar belakang wacana bahasa Melayu Menurut Sanat Md. Nasir (2002: 9-12), kajian wacana bahasa Melayu masih baru. Ada pendapat yang mengatakan Muhammad Yunus Maris (1966) merupakan perintis analisis wacana dalam bahasa Melayu dengan menggunakan teknik keperihalan keadaan untuk menerangkan penggunaan ganti nama. Setakat yang terkumpul, Harimurti Kridalaksana (1970: 1), menulis makalah beliau “NYA sebagai penanda anafora”. Pada tahun 1978, beliau telah menulis kertas kerja yang bertajuk “Keutuhan Wacana” dan diterbitkan sebagai artikel dalam Jurnal Dewan Bahasa. Artikel itu membahaskan keutuhan wacana sebagai salah satu aspek analisis wacana. Penelitian beliau kelihatan terpengaruh dengan aliran tagmemik dan linguistik teks. Demikianlah juga aliran tagmemik digunakan dalam Ph.D. Aja-miseba (1978). Kerancakan penyelidikan tentang wacana bahasa Melayu berlaku dalam tahun 1980-an, iaitu sepuluh tahun selepas wacana sebagai satu disiplin rancak di Eropah dan di Amerika Syarikat. Pemaparan penyelidikan itu berupa artikel, disertasi dan buku. Asmah (1980a dan 1980b) telah menulis dua buah artikel dalam Jurnal Dewan Bahasa, yang masing-masing bertajuk “Analisis Wacana” dan “Pengajaran Bahasa untuk Kemahiran Berkomunikasi: Pendekatan Wacana”. Dalam artikel yang pertama itu, beliau telah menunjukkan penggunaan tiga jenis analisis wacana, iaitu kaedah Harris, kaedah Becker, dan kaedah Sinclair dan Coulthard. Artikel lain seperti Lufti Abas (1982) dan Soenjono Dardjowidjojo (1985). Selain yang berbentuk artikel, penyelidikan wacana juga telah dilakukan secara serius di peringkat latihan ilmiah, sarjana dan kedoktoran. Daripada bibliografi latihan ilmiah yang diusahakan oleh Ismail (1994) dari tempoh 1977 hingga 1994, didapati latihan ilmiah yang berkaitan dengan wacana hanya muncul mulai tahun 1984. Terdapat 14 buah latihan ilmiah tentang kajian wacana sejak tahun tersebut hinggalah tahun 1989. Penelitian di peringkat sarjana sepanjang tempoh tahun 1980-an setakat yang terkumpul ialah Sucipto (1987) dan Wong (1988). Sucipto melihat unsur tautan manakala Wong, kesinambungan topik. Di peringkat disertasi kedoktoran pula, termasuklah Abdul Aziz Idris (1982), Farrerty (1982), Azhar M. Simin (1983), dan Tallei (1988). Abdul Aziz berfokus pada aspek struktur tema dan sistem hubungan logikal dalam teks pendedahan bahasa Melayu dan Inggeris. Rafferty pula melihat struktur wacana bahasa Indonesia yang dituturkan oleh orang Cina di Malang, Indonesia. Azhar pula meneliti sintaksis wacana yang dalam bahasa Malaysia sedangkan Tallie, dengan menggunakan pendekatan analisis wacana, cuba mengkaji keterpaduan, keruntutan, dan keterbacaan wacana buku pelajaran bahasa Indonesia di peringkat sekolah dasar. Penelitian wacana sepanjang tahun 1980-an dalam bentuk buku dan sebahagian daripada buku dapat dilihat seperti dalam Asmah (1987: 108-127) tentang teks saintifik, Tarigan (1987) Pengajaran Wacana dan Tata Bahasa Baku Bahasa Indonesia (1988: 334-360). Dekad awal 1990-an diperteguh dengan kerancakan penelitian tentang wacana bahasa Melayu seperti yang ditunjukkan oleh peneliti berikut. Sato (1991) menghasilkan tesis Ph.D. dengan tajuk “Analisis Nahu Wacana Bahasa Melayu Klasik Berdasarkan Teks Hikayat Hang Tuah”. Tumpuan beliau pada hubungan antara susunan ayat yang logikal dengan susunan maklumat. Perhatian juga diberikan terhadap analisis tetenunan dalam ayat yang berkaitan dengan hubungan tersebut. Soeseno (1992) dalam syarahan perdana sempena pengukuhan beliau sebagai profesor telah memilih tajuk “Analisis Wacana dan Penerapannya”. Dalam syarahan itu, beliau secara meluas menyentuh topik-topik seperti analisis wacana sebagai cabang ilmu bahasa, perbezaan antara wacana lisan dengan tulisan, konteks situasional, prinsip interpretasi lokal dan analogi, implikatur, presuposisi, inferensi, referensi, pronominal, kohesi, koherensi dan pengetahuan tentang dunia. Di hujung syarahan beliau itu, ada dimuatkan contoh-contoh analisis wacana. Manakala peneliti lain yang menghasilkan artikel atau kertas kerja, seperti Samsuri (1992), Ramlan (1992), Ebah (1992), Wong (1992;1993), Sanat (1992;1994;1995a dan 1995b;1996a dan 1996b), Dede Oetomo (1993), Ismail (1993;1994) dan Zahrah (1995). Jika ditinjau dari segi penghasilan latihan ilmiah dalam bidang ini bagi tempoh 1990 hingga 1994 di Malaysia, terdapat 17 buah, iaitu 15 buah dari Jabatan Linguistik, Universiti Kebangsaan Malaysia, dan dua buah dari Rancangan Bahasa Melayu, Universiti Malaya. Dua buah latihan ilmiah itu terdiri daripada Hasnah (1994), “Analisis Tautan dalam Wacana Bahasa Melayu” dan Tan (1994), “Tautan dalam Bahasa Melayu”. Kedua-dua latihan ilmiah tersebut menggunakan kerangka Halliday dan Ruqaiya Hasan (1976). Seperti yang telah dinyatakan di atas, wacana sebagai bidang kajian dalam penelitian bahasa Melayu masih baru. Hal ini berlaku kerana beberapa sebab. Antaranya, wacana sebagai satu disiplin hanya berlaku pada tahun 1970-an di Eropah dan di Amerika Syarikat. Biasanya, kesannya akan memakan waktu antara 5 hingga 10 tahun untuk sampai ke sini. Pada waktu yang sama, aliran transformasi generatif yang dipelopori Chomsky masih kuat bertapak sehingga kebanyakan ahli bahasa kita yang belajar di peringkat kedoktoran dalam tempoh itu telah terpengaruh dengan aliran tersebut. Selain itu, kajian wacana sebagai mata kursus peringkat sarjana muda di universiti tempatan masih belum menyeluruh. Lufti, Sanat dan Nuwairi (1985) telah membuat tinjauan tentang pengajaran linguistik di Malaysia dari segi konsep dan aliran, dan didapati hanya Jabatan Linguistik, Universiti Kebangsaan Malaysia yang ada menawarkan kursus tersebut. Bahkan, kursus itu pun dianggap umum sebab sekadar menyatakan topik tentang teori sintaksis yang boleh dilihat daripada aliran lain yang bukan wacana, seperti tranformasi generatif. Pada awal tahun 1990 diberitahu bahawa di IKIP Malang, Unika Atma Jaya dan di Universitas Indonesia di Indonesia masih belum ada kursus seumpama itu di peringkat ijazah pertama. Demikian juga di Jabatan Pengajian Melayu, National University of Singapore. Sebaliknya, Pengajian Bahasa Malaysia, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia sudah menawarkan kursus “Analisis Wacana” di peringkat ijazah dasar bagi sesi 1989/90. Di Rancangan Bahasa Melayu, Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya kursus tersebut hanya dapat dimulakan pada sesi 1993/94 dengan tajuk “Tatabahasa Wacana Bahasa Melayu”. Jabatan Pengajian Melayu, Fakulti Bahasa Moden, Universiti Pertanian Malaysia belum lagi menawarkan kursus yang seumpama itu pada sesi 1995/ Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ



Make Money Online : http://ow.ly/KNIC



1. Wacana Lisan
  •      Wacana ini disampaikan secara lisan melalui media lisan. Si penerima wacana perlu menyemak atau mendengar dan ianya boleh diulang dengar atau ditonton. Contoh bagi wacana ini ialah wacana yang disiarkan di radio dan ceramah.





    2. Wacana Tulisan

    •      Wacana ini disampaikan dalam bentuk bertulis melalui media tulisan. Wacana ini perlu dibaca bagi mendapatkan maklumat dan memahami wacana tersebut.

     













CIRI-CIRI RUNTUTAN MENGIKUT HARIMURTI KRIDALAKSANA

1.0 Pengenalan
Wacana ialah unit tertinggi bahasa yang melampaui ayat dan kajian tentang unit tersebut. Oleh itu, wacana ialah unit bahasa yang tertinggi, maka wacana dapat direalisasikan dalam pelbagai bentuk sehingga meliputi peristiwa bahasa. Secara umumnya wacana dapat dikaitkan dengan tiga kategori besar iaitu melampaui ayat, penggunaan bahasa dan juga amalan sosial yang meliputi bukan linguistik dan bukan tentu bahasa. Terdapat tujuh ciri dalam wacana iaitu tautan, runtutan, tujuan, penerimaan, maklumat keadaan dan interteks. Wacana yang baik ialah wacana yang mempunyai ciri-ciri wacana tersebut. Bidang wacana juga terbahagi kepada dua jenis iaitu wacana lisan dan wacana tulisan. Wacana lisan ialah wacana yang dihasilkan melalui media lisan yang melibatkan hubungan pembicara dan pendengar.  Manakala, wacana tulisan pula ialah wacana yang disampaikan secara bertulis yang mana melibatkan hubungan antara penulis dan pembaca.

          Perkataan ‘wacana’ adalah berasal daripada kosa kata Jawa, iaitu ‘Wocono’. ‘Wocono’ ini pula berasal daripada ‘woco’ yang bermaksud baca. Menurut Idris Aman  (2010) istilah ‘wacana’ ialah padanan istilah  discourse bagi bahasa Inggeris, discours dalam bahasa Perancis, al-makalah bagi bahasa Arab atau tamhwa dalam bahasa Korea. Manakala, menurut Harimurti Kridalaksana (1987:507) pula mendefinisikan wacana sebagai satuan bahasa terlengkap dalam hierarki gramatikal yang tertinggi dan terbesar. Ia direalisasikan dalam bentuk karangan yang utuh seperti novel, buku, siri kalimat, paragraf dan kata yang lengkap. Harimurti juga telah menggambarkan wacana sebagai kesatuan bahasa yang dapat membentuk karangan yang mengandungi idea atau pemikiran penutur atau penulis.

          Menurut Asmah Haji Omar dalam Mohd Rashid Md Idris et.al (2014) pula menggambarkan wacana adalah sebagai unit bahasa yang melebihi batas ayat. Oleh itu, wacana boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian bab, buku, siri, dan sebagainya.  Wacana juga memperlihatkan kesatuan dan hubungan antara butir-butir fikiran dan perkembangan akaliah yang ada di dalamnya. Menurut beliau juga, wacana merupakan satu unit tatabahasa yang melepasi batas ayat. Hal ini bermakna, wacana adalah satu unit bahasa atau tatabahasa yang saling bertautan dan terletak pada kedudukan yang paling tinggi berbanding semua unit tatabahasa yang lain seperti sintaksis, morfologi, semantik, fonetik dan fonologi. Wacana juga dianggap sebagai suatu idea yang paling lengkap, sempurna, dan utuh dalam sistem linguistik bahasa Melayu. Wacana ‘utuh’ bermaksud wacana yang mempunyai ayat yang bertautan. mempunyai kesatuan dan kesinambungan antara satu sama lain yang dapat menghasilkan sebuah wacana yang lengkap. Aspek penting dan utama yang perlu wujud untuk membentuk kesatuan antara ayat-ayat tersebut yang dikenali sebagai koheran.

1.1 Konsep Runtutan
          Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2015), koheran bermaksud kesinambungan atau keterikatan antara satu ayat dengan ayat yang lain dalam sesebuah wacana supaya mudah difahami. Manakala, menurut Asmah Haji Omar (1980)  koheran adalah sebagai satu keteraturan fikiran yang merujuk kepada bentuk-bentuk bahasa yang memperlihatkan pautan dalam sesuatu teks. Koheran akan wujud apabila bahagian-bahagian teks itu memperlihatkan logik antara idea-idea. Menurut Mohd Rashid Md Idris et.al dalam Tatabahasa Wacana (2014) mendefinisikan koheran sebagai pengantara gagasan idea. Gagasan adalah cerita yang dijalinkan bagi membentuk teks dan akhirnya akan membentuk makna dalam diri pendengar, pembaca mahupun penonton yang lebih dikenali sebagai penerima.

          Sementara itu, menurut Henry Tarigan (1993), koheran adalah satu keserasian hubungan antara satu unsur dengan unsur yang lain dalam wacana sehingga terciptanya suatu pengertian yang bermakna. Manakala, menurut Wohl dalam Henry Tarigan menyatakan runtutan dianggap sebagai suatu pengaturan secara rapi kenyataan dan gagasan, fakta, dan menjadi suatu untaian yang logik sehingga mudah memahami isi kenyataannya. Menurut Mohd Rashid Md Idris et.al (2014) runtutan adalah sebagai perantaraan gagasan idea yang menunjukkan sesuatu idea atau fikiran dijalin dalam sebuah cerita atau peristiwa untuk membentuk teks. Peristiwa atau cerita yang disampaikan mempunyai makna. Makna adalah untuk menyampaikan bahasa atau tanda-tanda lain untuk mewakili dan menyampaikan pengetahuan yang sebenarnya disampaikan oleh ujaran yang muncul dalam sesuatu teks.

          Runtutan dapat dilihat dalam empat tahap, iaitu tahap pertama ialah tahap tujuan iaitu melihat tahap sesuatu teks memasuki atau menepati tujuan penutur atau penulis. Kedua, tahap penerimaan, iaitu menilai tahap penerimaan dan pemahaman pendengar atau  pembaca sesebuah teks. Tahap ketiga ialah tahap maklumat. Tahap maklumat ini berkait rapat dengan sesebuah teks serta tahap sesuatu maklumat di dalam teks itu menepati tanggapan pembaca. Tahap terakhir ialah tahap keadaan iaitu berkaitan dengan faktor yang menjadikan teks relevens dengan sesuatu ujaran.

2.0 Ciri-Ciri Runtutan Menurut Harimurti Kridalaksana
Menurut Harimurti Kridalaksana dalam Henry Tarigan (1993), ciri-ciri runtutan terbahagi kepada lima belas hubungan iaitu hubungan alasan dan akibat, sebab dan akibat, hasil kegagalan, perbandingan, sarana tujuan, sarana hasil, latar kesimpulan, syarat hasil, parastis, amplikatif, aditif temporal, aditif nontemporal, identifikasi, generik spesifik, dan hubungan ibarat.

2.1 Hubungan sebab dan akibat.
Penggunaan penghubung sebab dan akibat adalah digunakan untuk menciptakan keutuhan wacana. Pertautan yang dinyatakan pada ayat pertama adalah bertujuan menyatakan sebab dan ayat berikutnya menyatakan akibat. Contohnya:

i.     Pada masa ini banyak hutan yang telah beralih fungsi menjadi kawasan perumahan atau pembinaan (A1). Hal ini telah memaksa semua binatang yang berada di dalamnya kehilangan tempat tinggal (A2). Selain itu, kegiatan pemburuan secara haram juga turut berlaku dan mereka sewenang-wenangnya membunuh binatang-binatang tersebut (A3). Akibatnya, binatang-binatang liar pada masa ini berada di ambang kepupusan (A4).  
  
Melalui petikan di atas menunjukkan hubungan sebab dan akibat .A1 dan A3 menunjukkan sebab berlakunya sesuatu perkara. Manakala, A2 dan A4 menunjukkan akibat yang terjadi daripada sesuatu perkara tersebut. Hubungan sebab dan akibat adalah penting dalam meningkatkan kefahaman pembaca serta menciptakan keutuhan sesebuah wacana itu.



2.2 Hubungan alasan dan akibat
Hubungan alasan dan akibat adalah bertujuan untuk menunjukkan keutuhan sesebuah wacana dalam ayat. Ayat kedua dalam hubungan ini menyatakan akibat berlakunya perkara yang telah dinyatakan pada ayat pertama. Contohnya:
  •     Siti terlalu leka bermain telefon bimbitnya (A1). Akibatnya, dia terlupa menyiapkan kerja sekolahnya (A2).


  • Tiba-tiba Kamal merindui ibunya di kampung (A1). Tanpa berfikir panjang, Kamal pulang ke kampung meninggalkan kota raya yang sibuk (A2).

Berdasarkan contoh di atas, A1 menunjukkan alasan sesuatu perkara itu berlaku. Manakala, A2 menyatakan akibat daripada perbuatan A1.

2.3 Hubungan sarana dan hasil
Hubungan ini ditandai dengan menjawab pertanyaan atau soalan. Koherensi ini ditandakan dengan ayat pertama yang menyatakan sarana untuk memperoleh yang dinyatakan pada ayat berikutnya. Sebagai contohnya:

  •      Atlet badminton kita akhirnya mendominasi kejuaraan Malaysia Terbuka (A1). Kita tidak perlu risau kerana mereka telah berlatih dengan ketat dan sangat berdisiplin (A2).


  •    Ahirnya, pemuda berkulit hitam itu telah menjadi presiden ke44 Amerika Syarikat. Obama memang terpilih dan mendapat sokongan penuh rakyat negaranya.

Berdasarkan contoh di atas, A1 menyatakan sarana untuk perolehan yang telah dinyatakan pada ayat berikutnya.

2.4 Hubungan sarana dan tujuan
Hubungan saranan dan tujuan ditandai dengan menjawab soalan iaitu “Bagaimana cara untuk mencapai tujuan?”. Runtutan ini juga dinyatakan pada ayat kedua yang menyatakan syarat untuk tercapainya apa yang telah dinyatakan pada ayat lain. Misalnya:

  •      Berusahalah dengan lebih kuat lagi (A1). Cita-cita kamu untuk menjadi seorang doktor yang berjaya akan tercapai nanti (A2).


  •    Anakku, belajarlah engkau dengan rajin, tekun, bersikap jujur serta jangan mudah menyerah (A1). Cita-citamu untuk menjadi orang yang berguna mudah-mudahan tercapai (A2).

Ayat di atas menunjukkan hubungan sarana dan tujuan. A2 menyatakan syarat untuk tercapainya apa yang dinyatakan dalam A1.

2.5 Hubungan latar dan kesimpulan
Hubungan in ditandai oleh salah satu bahagian menjawab pertanyaan, “Apa yang menjadi dasar simpulan?”. Penanda wacana yang digunakan untuk hubungan ini ialah singkatnya, pendeknya, akhirnya, pada umumnya, dengan kata lain, sebagai simpulannya dan sebagainya. Sebagai contohnya:

  •      Umurnya sudah meningkat usia, tetapi fiziknya masih tetap kuat. Dia rajin bersenam, pemakanan yang seimbang, berfikiran positif, tidak menyimpan dendam. Pendek kata, ia pandai merawat tubuh dan jiwa dengan baik.


  •             Kereta itu sudah tua. Rupanya pemilik kereta itu pandai menjaganya.

Berdasarkan contoh di atas, jelas menunjukkan bahawa ayat terakhir dalam contoh di atas menyatakan simpulan ke atas pernyataan pada ayat yang sebelumnya.

2.6 Hubungan hasil dan kegagalan
Hubungan hasil dan kegagalan adalah menerangkan tentang keadaan sesuatu hasil yang pada akhirnya akan menemui kegagalan selepas melakukan sesuatu tindakan atau perbuatan. Hubungan hasil dan kegagalan ini hanya dapat dikenal pasti melalui pembacaan atau pendengaran sesebuah teks atau ujaran. Hubungan ini tidak dapat dikenal pasti melalui perkataan tertentu sahaja seperti dalam runtutan rentetan. Sebagai contohnya:
  •      Kami tiba di sini pada waktu subuh dan menunggu agak lama (A1). Ada kira-kira dua jam lamanya (A2). Mereka tidak muncul-muncul (A3). Mereka tidak menepati janji (A4). Kami sangat kecewa dan pulang kembali dengan rasa dongkol (A5).
  •    Bangunan itu sangat cantik dan ia merupakan rekaan arkitek terkenal di Malaysia (A1). Tapi Sayangnya, belum sampai lima tahun lagi bangunan itu telah runtuh (A2).
Petikan di atas menunjukkan hubungan hasil dan kegagalan. A1 menunjukkan hasil sesuatu perkara. Namun begitu, hasil tersebut mengalami kegagalan dalam  A3 dan A2. Hubungan hasil dan kegagalan ini penting dalam memperutuhkan makna wacana.

2.7 Hubungan syarat dan hasil
Hubungan ini dinyatakan dengan salah satu ayatnya menyatakan syarat untuk tercapainya apa yang telah dinyatakan pada ayat lain. Kebiasaannya, hubungan ini ditandai dengan jawapan atas pertanyaan, “Apa yang harus dilakukan untuk memperoleh hasil?” Antara penghubung yang digunakan ialah seperti, oleh sebab, untuk itu, maksud itu dan sebagainya. Contohnya:

  •      “Jangan risau, Puan, usaha yang dilakukan pasti berjaya. Masakan kamu pasti laris asalnya tetap menjaga kebersihan dan kualiti masakan agar dapat menarik perhatian pelanggan. Oleh sebab itu, selalulah menjaga rasa masakan kamu dengan baik.”

Berdasarkan contoh di atas,  jelas menunjukkan ayat terakhir menyatakan syarat untuk tercapainya apa yang telah dinyatakan. Hubungan ini juga turut memperutuhkan makna wacana.

2.8 Hubungan perbandingan
Hubungan perbandingan dapat dilihat melalui perbandingan dua perkara iaitu keadaan atau situasi. Tujuan perbandingan adalah untuk meningkatkan koherensi sesebuah teks. Peningkatan koherensi ini akan meningkatkan tujuan dan penerimaan sesuatu teks. Sebagai contohnya:

  •      Kebanyakan wanita di Taman Indah lebih suka menemani anak-anak di taman permainan. Lelaki pula lebih suka duduk di rumah.

  •        Pengantin itu sangat cantik seperti bidadari dari kayangan.

Berdasarkan contoh di atas, jelas menunjukkan berbandingan di antara dua ayat tersebut iaitu dengan menggunakan perkataan pula dan seperti untuk menunjukkan perbandingannya dalam setiap ayat.

2.9 Hubungan parafrastis
Hubungan ini adalah salah satu bahagian perkataan untuk menyatakan isi ayat lain dengan cara yang berbeza. Hubungan parafrastis adalah berfungsi sebagai penguat makna wacana dalam ayat. Contohnya:
  •     Saya tidak bersetuju jika anak-anak di kampung kita ini harus berhenti sekolah dengan alasan tidak mempunyai wang. Kita semua harus segera menyelamatkan mereka. Oleh kerana itu, masyarakat dan ibu bapa berusaha demi masa depan anak-anaknya.

Berdasarkan contoh di atas jelas menunjukkan ayat-ayat di atas saling berhubung dalam menyampaikan isi dan menguatkan makna wacana tersebut.

2.10 Hubungan amplikatif
Hubungan amplikatif ini satu bahagian ayat menegaskan bahagian yang lain. Hubungan amplikatif atau hubungan penjelasan adalah sebagai salah satu ayat yang turut memperutuhkan makna wacana. Contohnya.

  • .    Buta huruf tidak hanya menyusahkan, tetapi juga merugikan diri sendiri.
  • Kedua sejoli itu jangan dipisahkan, sebaliknya dinikahkan saja.

Berdasarkan contoh di atas jelas menunjukkan sebahagian ayat itu menegaskan bahagian ayat sebelumnya.



2.11 Hubungan Aditif Temporal
Hubungan aditif temporal ialah hubungan penambahan yang berhubung dengan waktu. Penanda wacana yang sering digunakan dalam hubungan ini ialah sementara itu, segera setelah itu, beberapa saat kemudian dan sebagainya. Contohnya:
  •      Azim menunggu di ruang depan. Sementara itu saya menyelesaikan pekerjaan saya.

Berdasarkan contoh di atas, terdapat penggunaan hubungan aditif temporal melalui perkataan sementara itu dalam menunjukkan perhubungan dengan waktu.

2.12 Hubungan aditif nontemporal
Hubungan aditif nontemporal adalah hubungan penambahan yang tidak berhubungan dengan waktu. Aditif nontemporal digunakan untuk memberikan maklumat tambahan kepada sesuatu perkara yang diperkatakan sebelumnya. Contohnya:

  •      Dia disukai ramai orang kerana selalu menolong orang kampung. Tambahan pula dia seorang pemimpin yang adil. Dia juga seorang yang murah hati dan prihatin terhadap masalah penduduk Taman Permai.

Berdasarkan contoh di atas, terdapat penggunaan hubungan penambahan yang tidak berhubungan dengan waktu. Tambahan pula di gunakan untuk menambah maklumat yang terkandung dalam ayat sebelumnya. Kata hubung dan pula digunakan untuk menambah maklumat sikap orang tersebut.

2.13 Hubungan identifikasi
Hubungan ini ditandakan dengan salah satu bahagian ayat yang mengidenfikasi istilah yang pada bahagian lain. Hubungan idenfikasi yang terkenal berdasarkan pengetahuan pun dan makna wacana dapat diperkukuhkan. Contohnya:
  •      Jika kita dilahirkan dalam kalangan keluarga miskin, itu tidak bererti kita tidak mempunyai kemungkinan memperoleh segulung ijazah. Sebagai contohnya, Guntur Sibero. Dia anak orang miskin yang berjaya mencapai gelaran doktor, dan kini sudah diangkat menjadi profesor di salah satu perguruan tinggi di Bandung.


2.14 Hubungan generik dan spesifik
Hubungan ini dapat memperkuatkan makna wacana seperti tersurat dan tersirat. Hubungan ini ditandakan oleh salah satu bahagian memberikan pernyataan generik dan bahagian yang lain menjelaskan maksudnya. Contohnya.
  •      Perempuan itu sungguh cantik sekali. Lekuk tubuhnya sempurna, matanya indah dan bibirnya munggil. Ditambah pula dengan keperibadiannya yang menyenangkan.

Berdasarkan contoh di atas ayat pertama menyatakan isi yang tersurat, manakala ayat kedua menyatakan isi tersirat dalam ayat tersebut.

2.15 Hubungan Ibarat
Hubungan ibarat dapat dilihat melalui penggunaan peribahasa, simpulan bahasa dan bidalan. Ibarat memainkan peranan penting bagi memberikan kefahaman yang utuh kepada pembaca mengenai sesuatu topik yang dibincangkan. Sesuatu topik itu akan lebih jelas dengan menggambarkannya melalui ibarat. Contohnya:

  •             Lelaki miskin itu bercita-cita tinggi untuk memiliki kereta dan rumah mewah tanpa perlu bekerja kuat. Kerjanya hanya mengelamun dan berpangku tangan saja pada setiap hari. Di samping itu, dia juga berkeinginan untuk memperisterikan puteri ketua kampung. Jelas menunjukkan bahawa lelaki itu ibarat pungguk rindukan bulan.
  •   Hubungan penduduk di Taman Perumahan Bouganville sangat akrab. Setiap hari minggu, penduduk di kawasan itu akan mengadakan hari keluarga bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim. Hubungan mereka boleh diibaratkan sebagai  isi dan kuku.

Berdasarkan contoh di atas, terdapat penggunaan ibarat melalui frasa pungguk rindukan bulan dan isi dan kuku. Penggunaan ibarat ini digunakan sebagai bahasa sopan dalam menyindir atau memuji sesuatu perkara. Hal ini dapat memberikan lebih kefahaman kepada pembaca tentang sesuatu ayat atau perkara.


3.0 KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, runtutan adalah salah satu aspek yang penting dalam pembentukan sesebuah wacana yang utuh, lengkap dan sempurna. Hal ini demikian kerana, runtutan merupakan kesinambungan idea dalam sesebuah wacana. Runtutan dalam wacana juga bertujuan untuk menghasilkan wacana yang bermakna. Runtutan juga penting dalam membina kelogikan makna dalam diri pembaca atau pendengar. Kelogikan makna ini memerlukan penggunanya menggunakan bahasa dengan betul serta menepati kesesuaian teks yang ingin disampaikan oleh penulis kepada pembaca tidak akan berjaya tanpa penggunaan aspek koheran atau runtutan dalam sesebuah wacana.

          Oleh itu, Harimurti Kridalaksana telah membahagikan ciri runtutan kepada lima belas hubungan iaitu hubungan sebab dan akibat, hubungan alasan dan akibat, hubungan sarana dan hasil, hubungan sarana dan tujuan, hubungan latar dan kesimpulan, hubungan hasil dan kegagalan, hubungan syarat dan hasil, hubungan perbandingan, hubungan parafrastis, hubungan amplikatif, hubungan aditif temporal, hubungan identifikasi, hubungan generik dan spesifik dan hubungan ibarat. Penggunaan hubungan runtutan ini mestilah sesuai dengan hubungan antara posisi dalam kesatuan wacana. Justeru, runtutan merupakan asas dalam pembinaan wacana kerana sesuatu teks itu  dianggap sebagai wacana jika teks tersebut mempunyai makna.










BIBLIOGRAFI
Hadi Susanto. (2015, Disember 25). Kohesi dan koherensi dalam wacana. Diambil daripada https://bagawanabiyasa.wordpress.com/2015/12/25/kohesi-dan-koherensi-dalam-wacana/
Henry Tarigan. (1993). Pengajaran wacana. Bandung: Angkasa Bandung.
Idris Aman. (2010). Analisis Wacana. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
JunaiyahH.M dan E. Zaenal Arifin. (2010). Keutuhan wacanaDiambil daripada https://books.google.com.my/books?id=ns9YqQdHh0C&printsec=frontcover#v=oonepag&q&f=false
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2015). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Rashid Md Idris, Norliza Jamaluddin, Abu Hassan Abdul & Adenan Ayob. (2012). Tatabahasa wacana.  Tanjong Malim Perak: Ameritius Publications.










1 comment: