Saturday, 26 March 2016

PENGENALAN


Kursus BML3092 Analisis Wacana merupakan salah satu kursus major bagi pelajar Ijazah Sarjana Muda (ISMP) Bahasa Melayu. Kursus ini membincangkan tentang ilmu wacana bahasa Melayu. Sepanjang mempelajari kursus ini pelajar didedahkan dengan konsep dan sejarah wacana, teori dan model wacana, ciri-ciri wacana, tautan dan runtutan, tujuan dan penerimaan dan struktur maklumat dan struktur tema. Selain itu, kursus ini juga mengajar pelajar untuk peka terhadap kesilapan penggunaan wacana dalam komunikasi bagi bahasa Melayu yang tinggi. Oleh itu, ucapan terima kasih kepada pensyarah kami iaitu Prof. Madya Dr. Haji Mohd Rashid bin Md Idris atas ilmu yang telah dicurahkan.

Kami telah diberikan satu projek untuk menghasilkan satu blog yang berkaitan ilmu wacana bahasa Melayu sebagai tugasan kumpulan yang ke dua. Oleh itu, kami telah membina blog ini untuk memuatkan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan wacana bahasa Melayu sejajar dengan kehendak tugasan. Kami berharap maklumat yang telah dicoretkan dan dikongsikan ini dapat memberi manfaat kepada para pembaca dan kepada semua pelajar kursus BML3092 Analisis Wacana khususnya.







No comments:

Post a Comment